AMMAN: Jordan pada Selasa menandatangani perjanjian pinjaman dengan Bank Dunia bernilai AS$125 juta bagi menyokong pembangunan sektor pertanian negara.
Perjanjian pinjaman itu ditandatangani di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyokong sektor pertanian Jordan dengan mengukuhkan daya tahan iklim, meningkatkan daya saing dan keterangkuman serta memastikan keselamatan makanan jangka masa sederhana hingga panjang, menurut Bank Dunia dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, kira-kira 30,000 isi rumah akan menerima manfaat pembiayaan sebagai sebahagian daripada pinjaman untuk mengamalkan pertanian bijak iklim dan cekap air.
Pinjaman itu juga dijangka menyediakan latihan berasaskan keperluan dan akan membantu mewujudkan kira-kira 12,000 pekerjaan, terutamanya untuk golongan wanita dan belia.
Program itu juga akan menyediakan peluang ekonomi untuk pelarian Syria, menurut Bank Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Perjanjian pinjaman itu ditandatangani di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyokong sektor pertanian Jordan. - Unsplash
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).