Skip to main content

Dunia

Bank Dunia sedia sokong program hutan tanaman Zambia

Today, the World Bank expressed readiness to commence preparation of a proposed US$102 million Lobito Plantation Forest Economy Programme, subject to a formal request from the Government of Zambia. -- FB Ministry of Information and Media - Zambia
Bank Dunia menjelaskan, perkara itu menyusuli pertemuan di Lusaka pada Khamis antara Menteri Gilbert Siame dan delegasi Bank Dunia yang diketuai Ambroise Brenier. - Gambar Facebook Ministry of Information and Media - Zambia
Advertisement

LUSAKA: Bank Dunia bersedia menyokong program hutan tanaman Zambia bagi memperkukuh sektor perhutanan negara itu, menurut Kementerian Ekonomi Hijau dan Alam Sekitar, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan kementerian, perkara itu menyusuli pertemuan di Lusaka pada Khamis antara Menteri Gilbert Siame dan delegasi Bank Dunia yang diketuai Ambroise Brenier.

Brenier berkata Bank Dunia bersedia memulakan persediaan bagi program Lobito Plantation Forest Economy bernilai US$102 juta sebaik menerima permohonan rasmi daripada kerajaan Zambia.

Program yang dicadangkan itu antara lain bertujuan mewujudkan dasar dan persekitaran institusi yang kondusif bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam sektor hutan tanaman.

Ia juga akan membantu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan awam yang diperlukan untuk membangunkan rantaian nilai industri perkayuan.

Program berkenaan berpotensi menggabungkan pembiayaan awam dan swasta menerusi Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA), Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan Agensi Jaminan Pelaburan Pelbagai Hala (MIGA).

Siame berterima kasih kepada Bank Dunia atas sokongan berterusan dan berkata program itu berpotensi menarik pelaburan swasta, menjana hasil kepada perbendaharaan negara serta mewujudkan peluang pekerjaan di sepanjang rantaian nilai sektor perhutanan.

Beliau berkata Zambia mempunyai keadaan ekologi yang sesuai untuk pembangunan hutan tanaman secara komersial, selain permintaan yang semakin meningkat terhadap produk kayu.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement