awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank pusat Indonesia turunkan kadar faedah penanda aras

Bernama
Bernama
21/05/2025
22:15 MYT
Bank pusat Indonesia turunkan kadar faedah penanda aras
Perry Warjiyo berkata dasar ini berdasarkan unjuran inflasi bagi 2025-2026 yang dijangka kekal rendah dalam julat sasaran 2.5+-1 peratus. - Foto AP
JAKARTA: Bank Indonesia menurunkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 25 mata asas kepada 5.50 peratus, bersama dengan kadar kemudahan deposit dan pinjaman masing-masing kepada 4.75 peratus dan 6.25 peratus, susulan mesyuarat lembaga gabenor yang berlangsung dari Selasa hingga Rabu.
Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo berkata dasar ini berdasarkan unjuran inflasi bagi 2025-2026 yang dijangka kekal rendah dalam julat sasaran 2.5+-1 peratus dan bertujuan untuk mengekalkan kestabilan kadar pertukaran selaras dengan asas ekonomi.
"Dasar monetari kekal tertumpu kepada kestabilan makroekonomi, khususnya inflasi dan kadar pertukaran, di samping menyokong pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara," kata Perry dalam sidang media pada Rabu.
Bank pusat itu juga menggesa bank tempatan agar menurunkan kadar faedah pinjaman bagi mempercepat pengagihan kredit, kata Perry.
Beliau berkata purata kadar faedah pinjaman bank kekal agak tinggi pada April iaitu 9.19 peratus, hampir tidak berubah berbanding 9.20 peratus pada awal Januari.
"Melangkah ke hadapan, Bank Indonesia melihat keperluan untuk menurunkan kadar faedah bank bagi menggalakkan pengembangan kredit dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh," katanya dalam sidang media maya selepas mesyuarat lembaga gabenor.
Perry turut memaklumkan yang pertumbuhan kredit sedikit perlahan pada April, mencatatkan 8.88 peratus tahun ke tahun, berbanding 9.16 peratus pada Mac.
Dari segi penawaran, beliau berkata kecenderungan bank untuk memberi pinjaman kekal tinggi, terutamanya dalam sektor pertanian, elektrik, gas dan air, serta perkhidmatan sosial.
Beliau turut menyatakan bahawa keadaan mudah tunai dalam sektor perbankan secara amnya berada dalam keadaan baik, walaupun pertumbuhan dana pihak ketiga merosot daripada 5.51 peratus tahun ke tahun pada Januari kepada 4.55 peratus pada April. Trend ini, katanya meningkatkan persaingan untuk mendapatkan dana dan menyerlahkan keperluan untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar faedah
#Perry Warjiyo
#Inflasi
#dasar monetari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami