awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank pusat Pakistan naikkan kadar faedah untuk kawal inflasi

Bernama
Bernama
23/01/2023
20:20 MYT
Bank pusat Pakistan naikkan kadar faedah untuk kawal inflasi
Inflasi Pakistan meningkat kepada 24.5 peratus pada Disember berbanding 23.8 peratus pada November.
NEW DELHI: Bank pusat Pakistan pada Isnin menaikkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas (satu peratus) kepada 17 peratus untuk mengawal inflasi.
Menurut Bank Negara Pakistan (SBP) jawatankuasa dasar monetari (MPC) merasakan adalah penting untuk menambat jangkaan inflasi dan mencapai objektif kestabilan harga bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Inflasi teras yang tidak termasuk harga makanan segar dan tenaga telah berada dalam aliran meningkat sejak 10 bulan lalu, memetik kenyataan bank itu.
"Jawatankuasa itu menyatakan bahawa tekanan inflasi berterusan dan terus meningkat. Jika ini tidak dikawal ia boleh memberi kesan kepada jangkaan inflasi yang lebih tinggi dalam tempoh lebih lama daripada jangkaan," menurut SBP.
Kali terakhir bank pusat itu menaikkan kadar faedahnya sebanyak satu peratus kepada 16 peratus pada November lalu.
Inflasi Pakistan meningkat kepada 24.5 peratus pada Disember berbanding 23.8 peratus pada November.
"Peningkatan dalam inflasi makanan kekal sebagai penyumbang utama kepada kenaikan inflasi," menurut bank pusat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inflasi
#kadar faedah
#Bank Negara Pakistan
#Jawatankuasa Dasar Monetari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan