awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan kemanusiaan gagal disalurkan di Yaman

Agensi
Agensi
15/01/2018
23:40 MYT
Bantuan kemanusiaan gagal disalurkan di Yaman
Bantuan kemanusiaan tidak dapat disalurkan ke kem penempatan sementara ekoran keadaan keselamatan di negara itu. - Gambar REUTERS
Berjuta-juta penduduk Yaman masih berdepan keperitan hidup biarpun pelabuhan di negara itu telah dibuka Arab Saudi Disember lalu untuk memberi laluan bantuan kemanusiaan disalurkan.
Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengawasi kem penempatan sementara di Hodeidah, Gaber Hussein Al-Razahi, mendakwa agensi bantuan kemanusiaan tidak diberi permit melawat kawasan kem terutama di Al Garahi.
Katanya peningkatan serangan antara pihak bertelagah dalam minggu ini dibimbangi menyekat kemasukan bantuan dan mungkin menjadi sasaran peluru sesat.
Tambahnya lagi kem-kem di Al Garahi yang hanya terletak 100 kilometer dari pelabuhan Hodeidah tidak menerima sebarang bantuan sejak pembukaan pelabuhan itu.
Dianggarkan beribu-ribu pelarian yang mendiami kem-kem terbabit mula meninggalkan Al Garahi ke wilayah berhampiran untuk mendapatkan bantuan makanan, perubatan dan air bersih.
Pertubuhan bantuan kemanusiaan antarabangsa telah berkali-kali mengadukan kesulitan yang dihadapi mereka namun tiada sebarang jaminan keselamatan diberikan pihak bertelagah.
Pada Disember, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata lebih daripada 80 peratus penduduk Yaman tidak mempunyai makanan, bahan api, air bersih dan akses kepada rawatan perubatan.
Laporan kesihatan terkini yang dikeluarkan badan bantuan antrabangsa menyebut sekurang-kurangnya 2,000 orang maut akibat wabak kolera.
Konflik Yaman yang bermula sejak Mac 2015 itu telah menyaksikan lebih dari 10,000 orang awam terbunuh dengan jutaan yang lain menjadi pelarian.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#keselamatan
#kesihatan
#maut
#pelarian
#perubatan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan