awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2026 medan ukur tahap sebenar Malaysia di pentas dunia - Mohamad Norza
15 cedera dalam kemalangan libatkan bas dan lori di Rawang
'Suara kecil' jadi teras reformasi pendidikan negara - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa terpaksa jual anak demi membeli makanan

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2021
03:18 MYT
Bapa terpaksa jual anak demi membeli makanan
Salah satu kem yang dipenuhi pelarian di Kabul, Afghanistan. - Foto REUTERS
SEORANG bapa di Afghanistan terpaksa menjual anak perempuannya berusia 9 tahun untuk membeli makanan buat keluarganya.
Parwana Malik dijual pada harga kira-kira AS$2,200 kepada seorang lelaki yang mendakwa dirinya berusia 55 tahun.
Parwana memberitahu CNN, dia menganggap lelaki berkenaan sebagai "seorang yang tua" dan khuatir dia akan dipukul serta dipaksa melakukan kerja dalam rumah.
Bapanya merayu kepada lelaki berkenaan untuk menjaga anaknya dengan baik dan jangan memukulnya.
Namun lelaki berkenaan memberitahu agensi berita itu, dia bukan membeli Parwana untuk menjadikannya sebagai isteri, tetapi untuk dijaga oleh isterinya sebagai anak mereka sendiri.
"Parwara dijual pada harga yang sangat murah, dan bapanya sangat miskin dan perlukan wang.
"Saya akan menempatkannya dalam rumah saya dan melayan dia seperti anak saya sendiri," katanya memetik laporan CNN.
Ibu bapa Parwana berkata, mereka terpaksa melakukan demikian susulan krisis ekonomi dihadapi negara itu selepas Taliban mengambil alih pucuk pimpinan.
Sejak daripada itu, mereka tidak mampu untuk membeli barangan keperluan termasuk makanan.
Keluarga Parwara kini menetap di sebuah kem pelarian yang terletak di utara wilayah Badghis sejak empat tahun lalu.
Beberapa bulan sebelum Parwara dijual, kakaknya turut mengalami nasib yang sama bagi membolehkan keluarganya membeli barangan keperluan.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#jual
#anak
#miskin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan