15 cedera dalam kemalangan libatkan bas dan lori di Rawang

Bomba berhadapan kesukaran semasa operasi mengeluarkan penumpang bas lelaki berusia lingkungan 50-an, berikutan struktur pembahagi jalan menghimpit kaki mangsa sebelum berjaya dikeluarkan pada 8.53 pagi.
- Foto JBPM Selangor/
KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan lori tiga tan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) antara Sungai Buaya dan Rawang, dekat sini awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan antara bas dan lori tiga tan menyebabkan 15 cedera, termasuk tiga parah.
- Mangsa cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh, dengan lapan berada di zon hijau, empat di zon kuning, dan tiga di zon merah.
- Keadaan trafik terjejas dengan laluan arah selatan sesak lima kilometer dan arah utara perlahan tiga kilometer, memerlukan pengguna lebuh raya merancang laluan alternatif.
"Pemandu lori berkenaan turut terperangkap di dalam lori," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan lapan daripadanya dirawat di zon hijau, empat di zon kuning dan tiga lagi di zon merah.
Ahmad Mukhlis berkata pihaknya berhadapan kesukaran semasa operasi mengeluarkan penumpang bas lelaki berusia lingkungan 50-an, berikutan struktur pembahagi jalan menghimpit kaki mangsa sebelum berjaya dikeluarkan pada 8.53 pagi.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi media sosial X memaklumkan semua laluan ke arah selatan masih terhalang manakala lorong kanan dan tengah arah utara masih ditutup setakat 9.23 pagi tadi.
"Keadaan trafik arah selatan dilaporkan sesak sejauh lima kilometer (km) dan arah utara perlahan tiga km," menurut hantaran itu.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif dengan kenderaan berat disaran keluar di Plaza Tol Bukit Beruntung manakala kenderaan ringan keluar di Plaza Tol Sungai Buaya.
Berikutan kemalangan itu juga laluan kontra telah diaktifkan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


