awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terjunam ke gaung alami masalah brek, mangsa maut meningkat kepada 27

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2021
03:43 MYT
Bas terjunam ke gaung alami masalah brek, mangsa maut meningkat kepada 27
Siasatan awal mendapati insiden pagi Khamis itu dipercayai akibat masalah brek ketika bas persiaran berkenaan melalui kawasan yang berliku. -Foto Twitter @thejakartaglobe
JAKARTA: Jumlah korban mangsa dalam insiden bas terjun gaung di Indonesia pagi tadi meningkat kepada 27 orang.
Menurut pihak berkuasa pada Khamis, sejumlah 39 mangsa yang lain pula cedera dan dikejarkan ke hospital.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Bandung, Deden Ridwansah berkata 27 mayat dan 39 mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan klinik kesihatan berhampiran.
Ia termasuk mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terhempap pada badan bas yang terbalik.
Sejumlah 13 yang cedera dilaporkan parah, kata Ridwansah.
Pemandu bas tersebut adalah antara yang maut.
Siasatan awal mendapati insiden pagi tadi dipercayai akibat masalah brek ketika bas persiaran berkenaan melalui kawasan yang berliku, kata ketua polis wilayah Eko Prasetyo Robbyanto.
Bas tersebut membawa penumpang terdiri daripada pelajar sekolah agama menengah rendah serta guru dan ibu bapa mereka dalam perjalanan pulang dari aktiviti ziarah di Subang di wilayah Jawa Barat ke Tasikmalaya.
BACA: Bas bawa pelajar terjunam ke gaung, 22 terbunuh
Namun pemandunya dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh tajam di daerah Sumedang.
Polis masih menyiasat punca kejadian, tetapi mangsa terselamat memberitahu pihak berkuasa bahawa kenderaan itu mengalami masalah brek, kata Robbyanto.
Topic Berkaitan
#bas terjun gaung
#korban meningkat
#masalah brek
#Eko Prasetyo Robbyanto
#bas hilang kawalan
#jalan berselekoh tajam
#jalan berliku-liku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan