RAFAH: Bayi yang baru dilahirkan di Rafah, Semenanjung Gaza kini terpaksa berkongsi inkubator akibat kesesakan.
Bandar itu kini menempatkan 1.4 juta orang yang kebanyakannya melarikan diri dari perang yang berlaku di bahagian lain di Gaza.
Sebilangan besar rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal meningkatkan tekanan ke atas hospital.
Di Hospital Emirates di bandar Rafah, tiga atau empat bayi dimasukkan ke dalam satu inkubator.
Menurut Dr Amal Ismail, yang bekerja di hospital itu, keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
"Di jabatan kami ada 70 kes yang diletakkan pada 20 inkubator bermakna dalam setiap inkubator kami mempunyai kira-kira empat atau tiga bayi dan sudah tentu ia menjejaskan kesihatan mereka.
"Kami melakukan sedaya upaya untuk membantu dan memperbaiki keadaan mereka tetapi sepsis merebak dalam kalangan mereka kerana semua kes adalah bersebelahan. Sepatutnya kita hanya mempunyai seorang bayi dalam setiap inkubator," katanya.
Sebahagian besar hospital di Gaza terpaksa ditutup selepas menjadi sasaran serangan Israel.
Pada November lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarangkan supaya 31 bayi dari Hospital Shifa di bandar Gaza dipindahkan.
Sejumlah 28 bayi dibawa ke Mesir dan tiga dipindahkan ke Hospital Emirates di Rafah.
Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan seramai 92 rakyat Palestin yang terbunuh dalam pengeboman Israel telah dibawa ke hospital sejak 24 jam lalu.
Ini telah meningkatkan jumlah keseluruhan yang syahid dalam perang hampir lima bulan kepada 29,606.
Jumlah keseluruhan yang cedera meningkat kepada hampir 70,000.
Operasi darat di Rafah boleh memutuskan satu-satunya jalan untuk menghantar makanan dan bekalan perubatan.
Astro Awani
Sun Feb 25 2024
Di Hospital Emirates di bandar Rafah, tiga atau empat bayi dimasukkan ke dalam satu inkubator. - Foto fail/AP
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.