awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BBC umum tamatkan perkhidmatan 450 kakitangan

Agensi
Agensi
29/01/2020
16:41 MYT
BBC umum tamatkan perkhidmatan 450 kakitangan
Perbadanan itu memakumkan pembuangan pekerja itu adalah sebahagian daripada sasaran penjimatan £80 juta (RM425 juta) menjelang 2022.
Perbadanan Penyiaran British (BBC) mengumumkan akan memberhentikan 450 kakitangannya melibatkan operasi berita dan radio.
Memetik laporan portal BBC News, perbadanan itu memakumkan pembuangan pekerja itu adalah sebahagian daripada sasaran penjimatan £80 juta (RM425 juta) menjelang 2022.
Antara operasi yang bakal terkesan ialah siaran ‘Newsnight’, ‘Radio 5’ dan ‘World Update’.
BBC turut memaklumkan, langkah itu adalah sebahagian daripada proses pendigitalannya.
“Kita perlu bentuk semula BBC News untuk tempoh lima ke 10 tahun akan datang untuk membolehkan penjimatan dilakukan.
"Peruntukan kita terlalu banyak menguruskan operasi penyiaran tradisional dan tidak banyak untuk digital,” kata Pengarah Berita BBC News Fran Unsworth.
BCC News kini mempunyai 6,000 pekerja, termasuk 1,700 di luar UK. Perbelanjaannya akan berkurangan kepada £480 juta selepas proses penjimatan.
Sebelum ini BBC mengumumkan pembatalan program Victoria Derbyshire yang disiarkan di saluran BBC Two.
BBC merupakan syarikat penyiaran milik kerajaan Britain.
Pada 2016, ia memaklumkan perlu melakukan penjimatan £800 juta untuk kekal beroperasi pada 2020, daripada jumlah itu £80 juta adalah penjimatan dari BBC News.
Bagaimanapun BBC News gagal mencapai sasaran penjimatan terbabit.
Topic Berkaitan
#bbc
#Britain
#Fran Unsworth
#London
#newsnight
#Radio 5
#United Kingdom
#World Update
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan