PEMINDAHAN ibu kota Indonesia dari Jakarta ke daerah Penajem Paser dan sebahagian daerah Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur berdasarkan beberapa faktor utama.
Menggariskan rasional berbuat demikian, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, faktor utama ialah disebabkan beban yang ditanggung oleh Jakarta sudah tidak mampu dibendung lagi.
"(Jakarta) sudah terlalu berat sebagai pusat pemerintahan, pusat bisnes, pusat kewangan, pusat perdagangan dan pusat cukai," kata pemimpin nombor satu Indonesia yang kini menerajui negara untuk penggal kedua perkhidmatan dalam sidang akhbar pada Isnin di Istana Merdeka, Jakarta.
Selain itu, sebab utama pentadbiran negara itu harus dipindahkan ialah kerana beban Pulau Jawa juga semakin padat dengan populas 150 juta penduduk atau mewakili 54 peratus jumlah keseluruhan negara itu.
Dalam sidang akhbar itu, Jokowi secara rasmi mengumumkan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur.
Daerah Kutai Kertanegara dan Penajem Paser Utara di Kalimantan Timur dipilih sebagai lokasi ibu kota baharu negara itu selepas kerajaan melakukan kajian yang teliti.
"Lokasi ibu kota baharu yang paling ideal adalah di Kabupaten Penajem Paser Utara dan sebagian Kabupaten Kutai Kertanegara di Kalimantan Timur," kata beliau.
Kalimantan dipilih sebagai lokasi menggantikan Jakarta kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah negara besar itu.
Lokasi itu juga bebas bahaya daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi berbanding wilayah yang lain.
Isu pemindahan ibu negara itu bukan baharu, sebaliknya, sudah lama dirancang.
Indonesia sebelum ini pernah tiga kali berpindah ibu negara sekali pada tahun 1946 dan kali kedua pada 1948.
BACA: Kutai Kertanegara, Penajem Paser Utara lokasi baharu ibu kota Indonesia
Astro Awani
Mon Aug 26 2019
Kota Jakarta dan Pulau Jawa di Indonesia sudah terlalu lama menanggung beban menyebabkan pusat pentadbiran negara itu harus berpindah ke wilayah lain. - Gambar fail/ Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
"Beban Jakarta sudah terlalu berat" - Jokowi
Pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke daerah Penajem Paser dan sebahagian daerah Kutai Kartangera di Kalimantan Timur berdasarkan beberapa faktor utama.