Skip to main content

Dunia

Beberapa orang dilaporkan maut dalam kebakaran bangunan pangsapuri di Belgium

Firefighters work at the site of a fire in a housing building in Antwerp, Belgium, July 1, 2026. REUTERS/Yves Herman
Beberapa individu dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera parah selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan pangsapuri 10 tingkat di Antwerp. - Foto REUTERS/Yves Herman
Advertisement

BRUSSELS: Beberapa individu dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera parah selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan pangsapuri 10 tingkat di Antwerp, Belgium pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar nasional berbahasa Belanda, VRT.

Kebakaran itu berlaku sejurus sebelum 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT) di sebuah bangunan kediaman di daerah Linkeroever.

Polis mengesahkan terdapat beberapa kematian, namun jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan ketika pasukan penyelamat meneruskan pencarian di dalam bangunan itu.

"...Keutamaan sekarang ialah mencari mangsa di dalam bangunan serta memberikan rawatan perubatan," kata jurucakap polis Kim Bastiaens.

Lebih 200 orang tinggal di kompleks pangsapuri itu, dan operasi pemindahan masih dijalankan beberapa jam selepas kebakaran bermula.

Pasukan dron Jabatan Bomba Antwerp dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan bomba dan penyelamat dari kawasan berhampiran turut digerakkan untuk membantu operasi.

Pelan intervensi perubatan diaktifkan bagi menyelaraskan bantuan kecemasan perubatan, manakala penghuni yang dipindahkan dan tidak memerlukan rawatan ditempatkan di kemudahan berhampiran.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran supaya penduduk di kawasan berkenaan menutup tingkap dan pintu rumah masing-masing serta mengelakkan kawasan kebakaran.

Punca kebakaran itu masih belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement