awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beg tangan kulit buaya albino Hermes pecah rekod, dilelong harga RM1.23 juta

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/06/2016
00:53 MYT
Beg tangan kulit buaya albino Hermes pecah rekod, dilelong harga RM1.23 juta
Beg daripada koleksi 'Himalayan Nilo Crocodile Birkin' itu juga disaluti 245 berlian.
SEBUAH tas tangan berjenama Hermes mencatat rekod sebagai beg tangan dengan harga paling mahal dalam sejarah, apabila berjaya dilelong dengan harga AS$300,168 atau RM1.23 juta.
Beg itu dijual kepada seorang pembida yang tidak didedahkan identitinya, dalam satu acara lelongan di Hong Kong, pada Isnin.
Hermes Birkin crocodile and diamond. #worldsmostexpensivebag sold for over $300,000 pic.twitter.com/EsuJtkPSqU
— Handbag Girl (@HandbagGirl3) May 31, 2016
Would u buy a bag for $300,000? A matte Diamond Himalaya Niloticus croco diamond #Hermes #Birkin sold 2day $300,168 pic.twitter.com/LN9ps9kVoj
— Cameron Silver (@CameronDecades) May 30, 2016
Beg yang dijual itu merupakan daripada koleksi 'Himalayan Nilo Crocodile Birkin', yang disalut 245 berlian dan dihasilkan daripada kulit buaya albino asli.
Bukan itu sahaja, tali pemegang beg tangan itu pula disaluti emas 18 karat.
Rekod itu mengatasi catatan tahun lepas, juga oleh jenama yang sama yang berjaya dijual pada harga AS$222,912 (RM920,705).
Hermes dikenali ramai sebagai sebuah syarikat pembuat tas tangan yang membiakkan buaya sendiri, dan buaya albino dianggap sesuatu yang luar biasa.
Beg tangan dari jenama Hermes adalah antara salah satu jenama beg tangan paling mewah di dunia dan menjadi pilihan banyak selebriti ternama, antaranya Victoria Beckham dan Kim Kardashian.
Topic Berkaitan
#beg tangan
#hermes
#Himalayan Nilo Crocodile Birkin
#tas tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan