awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beijing tetap mahu teruskan pembinaan di Kepulauan Spratly

Agensi
Agensi
19/07/2016
10:29 MYT
Beijing tetap mahu teruskan pembinaan di Kepulauan Spratly
Pada 12 Julai, Tribunal Timbangtara Antarabangsa (PCA) di the Hague, Belanda telah membuat keputusan menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan menerusi sembilan garis-putus.
China tidak akan menghentikan kerja-kerja pembinaan di Laut China Selatan, walaupun undang-undang antarabangsa telah memutuskan bahawa perkara itu menyalahi undang-undang.
Tindakan China itu dilihat sebagai cuba melancarkan permainan 'perang lautan' di rantau strategik ini.
"Kami tidak akan menghentikan pembinaan kami di Kepulauan Nansha separuh jalan," tegas Komander Tentera Laut Wu Shengli kepada rakan sejawatannya di Amerika Syarikat Admiral John Richardson, menurut agensi berita rasmi Xinhua, yang dipetik AFP.
Nansha adalah nama China untuk Kepulauan Spratly, di mana Beijing telah mendirikan beberapa kemudahan untuk ketenteraan temasuk membina landasan.
"Kepulauan Nansha adalah wilayah yang wujud di China, dan pembinaan di pulau-pulau berkenaan adalah munasabah, wajar dan sah," kata Wu.
Pada 12 Julai, Tribunal Timbangtara Antarabangsa (PCA) di the Hague, Belanda telah membuat keputusan menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan menerusi ‘sembilan garis-putus’.
Kerajaan China juga telah diarahkan untuk memberhentikan segala aktiviti penambakan di Laut China Selatan.
Keputusan PCA adalah mutlak dan muktamad.
Memandangkan keputusan ini dibuat secara unilateral tanpa penyertaan China di PCA, kerajaan Beijing telah bertindak menolak keputusan ini.
BACA: Kesan timbangtara Laut China Selatan ke atas Malaysia
Topic Berkaitan
#Laut China Selatan
#mahkamah antarabangsa
#PCA
#sempadan maritim
#Spratly
#Tribunal Timbangtara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan