awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan disekat, lebih 1,000 rakyat Palestin jadi korban

Agensi
Agensi
26/02/2018
06:11 MYT
Bekalan disekat, lebih 1,000 rakyat Palestin jadi korban
Penggunaan elektrik alternatif di Gaza telah meragut nyawa rakyat Palestin sejak tahun 2006 lagi, lapor Al-Jazeera.
Lebih 1,000 warga Palestin meninggal dunia setakat ini susulan sekatan bekalan yang dilakukan tentera Israel secara berterusan di persisiran pantai Gaza, Palestin.
Menurut Pengurus Pertubuhan Amal Gaza, Ahmad Al-kurd, lima bayi pra-matang meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan kerana gagal mendapat rawatan perubatan yang mencukupi.
“Daripada 1,000 mangsa sekatan tersebut, 450 daripadanya mati akibat kemerosotan tahap kesihatan di Gaza seperti kekurangan bekalan perubatan sehingga menyukarkan proses pembedahan dilakukan,” katanya.
Al-kurd turut menjelaskan, penggunaan elektrik alternatif di Gaza telah meragut nyawa rakyat Palestin sejak tahun 2006 lagi, lapor Al-Jazeera.
“Penggunaan lilin, kayu api dan penjana elektrik menjadi punca kepada kebakaran rumah dan meragut banyak nyawa di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa,” Al-kurd dipetik berkata.
Sebelum ini, pihak Israel telah mengurangkan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza kepada satu pertiga, bermakna setiap isi rumah mendapat kurang dua jam bekalan elektrik setiap hari.
Topic Berkaitan
#ahmad alkurd
#bekalan perubatan
#Gaza
#Israel
#kurang bekalan elektrik
#Palestin
#pengurus pertubuhan kebajikan gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan