awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TAT sahkan imej viral Lisa ‘Amazing Thailand’ adalah asli, nafi guna AI
Laporan akhir siasatan kemalangan maut penuntut UPSI didedah hari ini - MOT
UMNO tidak tolak pembangunan bandar, tapi mahu RUU URA terus diperhalus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan vaksin COVID-19 AstraZeneca ke EU dikurangkan

Agensi
Agensi
23/01/2021
10:38 MYT
Bekalan vaksin COVID-19 AstraZeneca ke EU dikurangkan
AstraZeneca masih menunggu untuk kelulusan vaksin oleh Agensi Perubatan Eropah yang dijangka dikeluarkan selepas mesyuaratnya pada 29 Januari depan. - Foto REUTERS
SYARIKAT farmaseutikal AstraZeneca akan mengurangkan bekalan dos vaksin COVID-19 daripada jumlah yang dipersetujui bersama Kesatuan Eropah (EU) selepas mengalami isu pengeluaran.
Memetik laporan Reuters, bekalan dos vaksin syarikat itu ke EU akan dikurangkan sebanyak 60 peratus, daripada 80 juta kepada 31 juta dos sahaja pada suku pertama tahun ini.
Pengumuman itu dibuat ketika AstraZeneca masih menunggu untuk kelulusan vaksin oleh Agensi Perubatan Eropah yang dijangka dikeluarkan selepas mesyuaratnya pada 29 Januari depan.
Syarikat itu sepatutnya menghantar 80 juta dos ke 27 negara EU pada hujung Mac.
Bagaimanapun, jutaan dos masih lagi akan dihantar ke blok itu pada Februari dan Mac, ketika syarikat itu berusaha untuk meningkatkan pengeluaran.
Pesuruhjaya Kesihatan dan Keselamatan Makanan Eropah, Stella Kyriakides menerusi Twitter menyatakan ketidakpuasan hati EU susulan pengumuman itu.
EU akan menggesa AstraZeneca untuk menghormati perjanjian awal dan mempercepatkan penghantaran vaksin.
Blok itu menandatangani perjanjian untuk membeli sekurang-kurangnya 300 juta dos daripada AstraZeneca, dengan pilihan untuk menambah lagi 100 juta dos.
Topic Berkaitan
#vaksin
#AstraZeneca
#COVID-19
#EU
#Kesatuan Eropah
#vaccine
#eropah
#Agensi Perubatan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan