Laporan akhir siasatan kemalangan maut penuntut UPSI didedah hari ini - MOT

Kemalangan mengorbankan 15 penuntut UPSI itu berlaku pada 9 Jun 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laporan akhir siasatan kemalangan maut melibatkan bas persiaran membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik) pada 9 Jun tahun lepas akan didedahkan kepada umum bermula 3 petang tadi.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan itu telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan mendapat kelulusan untuk didedahkan secara umum menerusi muat naik di laman sesawang rasmi kementerian.
"Pendedahan laporan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban awam serta usaha berterusan untuk memperkukuh tahap keselamatan pengangkutan jalan di negara ini," menurut kenyataan itu.
Kemalangan pada awal pagi 9 Jun 2025 melibatkan bas dinaiki penuntut universiti berkenaan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak dengan sebuah kenderaan berlaku di Jalan Raya Timur-Barat Banun, Gerik, Perak dan menyebabkan 15 penuntut maut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


