awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Jeneral Tentera Udara Filipina ditahan atas tuduhan hasutan

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2026
07:45 MYT
Bekas Jeneral Tentera Udara Filipina ditahan atas tuduhan hasutan
Mejar Jeneral (B) Romeo Poquiz ditahan atas tuduhan hasutan selepas menggesa angkatan tentera menarik sokongan terhadap Presiden Ferdinand Marcos Jr berhubung skandal rasuah. -Foto Facebook Romeo V Poquiz
MANILA: Bekas Jeneral Tentera Udara Filipina, Mejar Jeneral (B) Romeo Poquiz, ditahan pihak berkuasa hari ini atas tuduhan hasutan selepas beliau secara terbuka menggesa angkatan tentera menarik balik sokongan terhadap Presiden Ferdinand Marcos Jr berikutan skandal rasuah yang melanda pentadbiran itu.

Ringkasan AI
  • Mejar Jeneral (B) Romeo Poquiz ditahan atas tuduhan hasutan selepas menggesa angkatan tentera menarik sokongan terhadap Presiden Ferdinand Marcos Jr berhubung skandal rasuah.
  • Poquiz ditangkap di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, setelah tiba dari Bangkok, Thailand, berdasarkan waran tangkap 5 Disember 2025.
  • Penahanan Poquiz mencetuskan kebimbangan masyarakat sivil dan kumpulan hak asasi manusia tentang kebebasan bersuara dan hak berhimpun di Filipina, dengan analisis politik meramalkan perdebatan mengenai peranan tentera dalam politik negara itu.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut laporan media tempatan dan antarabangsa, Poquiz, 67, ditahan oleh anggota Kumpulan Siasatan dan Pengesanan Jenayah (CIDG) Polis Negara Filipina sejurus tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) dari Bangkok, Thailand, kira-kira jam 8.11 pagi waktu tempatan.
Setiausaha Dalam Negeri, Jonvic Remulla, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan ia dibuat berdasarkan waran tangkap bertarikh 5 Dis 2025.
“Beliau ditahan atas tuduhan hasutan berkaitan kenyataan awamnya baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.
Poquiz, yang pernah mengetuai Tentera Udara Filipina, menjadi perhatian umum selepas menyampaikan ucapan lantang semasa perhimpunan antirasuah di Monumen Kuasa Rakyat pada 2025.
Dalam ucapannya, beliau menyeru agar angkatan tentera ‘menarik balik sokongan’ terhadap Presiden Marcos Jr, yang ketika itu berdepan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana projek kawalan banjir.
Penahanan Poquiz mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat sivil dan kumpulan hak asasi manusia, yang menyuarakan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman di negara itu.
“Saya ditahan oleh CIDG di Terminal Lapangan Terbang... Hidup rakyat Filipina!” tulis Poquiz dalam hantaran di akaun Facebook miliknya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negara, Jeneral Jose Nartatez, dalam sidang media berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak berkuasa akan memastikan proses undang-undang berjalan dengan adil.
Beliau turut menegaskan tindakan Poquiz boleh menjejaskan kestabilan negara dan integriti institusi ketenteraan.
Setakat ini, Istana Malacañang belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan tersebut.
Penganalisis politik menjangkakan perkembangan ini bakal mencetuskan perdebatan hangat mengenai kebebasan bersuara dan peranan tentera dalam politik Filipina.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah Mejar Jeneral (B) Romeo Poquiz dan mengapa beliau ditahan? A: Mejar Jeneral (B) Romeo Poquiz adalah bekas Jeneral Tentera Udara Filipina yang ditahan atas tuduhan hasutan selepas menggesa angkatan tentera menarik balik sokongan terhadap Presiden Ferdinand Marcos Jr berikutan skandal rasuah.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap Poquiz oleh pihak berkuasa? A: Poquiz ditahan oleh anggota Kumpulan Siasatan dan Pengesanan Jenayah (CIDG) Polis Negara Filipina berdasarkan waran tangkap bertarikh 5 Disember 2025 sejurus tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.
  • Q: Apakah reaksi masyarakat sivil dan kumpulan hak asasi manusia terhadap penahanan Poquiz? A: Penahanan Poquiz mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat sivil dan kumpulan hak asasi manusia, yang menyuarakan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman di Filipina.

Topic Berkaitan
#Romeo Poquiz
#Ferdinand Marcos Jr
#tarik balik sokongan
#skandal rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan