Sekurang-kurangnya 101 individu dilaporkan hilang manakala 78 lagi cedera selepas sebuah kapal perang Iran diserang kapal selam di perairan berhampiran Sri Lanka.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Sri Lanka berkata tentera laut negara itu telah melancarkan operasi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan daripada kapal Iran berkenaan.
Advertisement
Memetik sumber, setakat ini, punca sebenar insiden yang menimpa kapal tersebut masih belum diketahui.
Bagaimanapun, Menteri Luar Sri Lanka, Vijitha Herath memaklumkan kepada parlimen bahawa kelasi yang cedera telah dihantar ke hospital di bahagian selatan pulau itu.
Kapal frigat yang membawa kira-kira 180 kru itu dilaporkan menghantar panggilan kecemasan pada waktu subuh.
Herath berkata dua kapal tentera laut Sri Lanka bersama sebuah pesawat telah dikerahkan bagi membantu operasi menyelamat.
Bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kapal itu tenggelam.
Pegawai tempatan memaklumkan hospital utama di Galle, kira-kira 115 kilometer selatan ibu negara Colombo, telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menerima kelasi yang dipindahkan.