awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurutera Tentera Laut AS mengaku bersalah cuba jual maklumat sulit kapal selam

Bernama
Bernama
15/02/2022
05:50 MYT
Bekas jurutera Tentera Laut AS mengaku bersalah cuba jual maklumat sulit kapal selam
Pada Oktober 2021, Toebbe (kanan) dan isterinya Diana didakwa mengintip dan menjual rahsia ketenteraan yang diperoleh melalui tugasnya sebagai jurutera nuklear Tentera Laut AS. (Foto AP)
WASHINGTON: Bekas jurutera Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) Jonathan Toebbe pada Isnin mengaku bersalah atas tuduhan cuba menjual maklumat sulit berhubung kapal selam nuklear serta mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup, lapor Sputnik.
"Adalah dipersetujui antara AS dan pelanggan anda seperti berikut: Toebbe akan mengaku bersalah terhadap Satu Dakwaan, Konspirasi Mendedahkan Data Sulit, melanggar Tajuk 42, Kod Amerika Syarikat, Seksyen 2274(a) dan 2014 ," menurut fail yang dikemukakan mahkamah Pejabat Peguam AS Daerah Utara Virginia Barat memetik fail ditandatangani Toebbe dan peguamnya, pada Isnin.
Defendan mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup berserta denda tidak lebih US$100,000 dan sehingga lima tahun pembebasan dalam pengawasan.
Pada Oktober 2021, Toebbe dan isterinya Diana didakwa mengintip dan menjual rahsia ketenteraan yang diperoleh melalui tugasnya sebagai jurutera nuklear Tentera Laut AS.
Pihak berkaitan juga bersetuju menetapkan tempoh tahanan antara 151 hingga 210 bulan mengikut undang-undang persekutuan AS.
"Setiap pihak boleh meminta hukuman berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. Mahkamah akan menentukan pembebasan dengan pengawasan serta denda," menurut fail itu.
Toebbe bersetuju memberikan pihak berkuasa akses kepada semua peranti elektronik dan akaunnya untuk pegawai persekutuan dapat mengesan US$100,000 yang dibayar dalam mata wang kripto Monero sebagai pertukaran kepada kerahsiaan yang mahu dijual.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jual maklumat sulit
#Tentera Laut AS
#Jonathan Toebbe
#kapal selam nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan