Skip to main content

Dunia

Bekas ketua IAEA gesa negara Teluk, PBB bertindak hentikan Trump

ElBaradei: Those who think Iran will surrender are unaware of the culture and beliefs of the people of this country  Mohamed ElBaradei, Director General of the International Atomic Energy Agency from 1997 to 2009
ElBaradei menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak sebelum Trump, yang dirujuknya sebagai “orang gila”, mencetuskan kemusnahan besar di rantau Asia Barat. - Foto X/@WelayetNews

VIENNA: Mohamed ElBaradei, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), menggesa negara-negara Teluk dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya bertindak segera susulan ultimatum 48 jam yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, terhadap Iran.

Dalam satu hantaran berbahasa Arab di platform X, ElBaradei menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak sebelum Trump, yang dirujuknya sebagai “orang gila”, mencetuskan kemusnahan besar di rantau Asia Barat.

Advertisement

“Tolong, sekali lagi, lakukan segala yang anda mampu sebelum orang gila ini menukar seluruh rantau menjadi lautan api,” tulis ElBaradei.

Dalam satu lagi hantaran berasingan dalam bahasa Inggeris yang ditujukan kepada PBB, beliau mempersoalkan sama ada “tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan kegilaan ini”.

ElBaradei, yang pernah menentang justifikasi AS terhadap pencerobohan Iraq pada 2003, sebelum ini turut memberi amaran mengenai “kos kemanusiaan yang mengerikan” sekiranya Trump meneruskan apa yang disifatkannya sebagai “perang pilihan” terhadap Iran.

Beliau menegaskan bahawa Washington setakat ini gagal mengemukakan sebarang bukti kukuh mengenai ancaman “segera” daripada Tehran bagi mewajarkan tindakan ketenteraan.

Kenyataan ElBaradei hadir ketika ketegangan antara AS, Israel dan Iran terus memuncak susulan serangan balas berterusan serta penglibatan meluas negara-negara serantau, sekali gus mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap kemungkinan konflik lebih besar di Asia Barat.

 

Must Watch Video