Bekas Menteri Kewangan, Mohamad Chatah antara korban keganasan terbaru di Lubnan.
Beliau bersama lima yang lain maut dalam letupan bom kereta di tengah ibu negara, Beirut.
Laporan awal mendakwa Chatah menjadi sasaran serangan kerana bom diletup sebaik konvoinya melepasi kawasan berkenaan.
Kejadian berlaku berhampiran ibu pejabat kerajaan dan Parlimen turut mencedera hampir seratus yang lain.
Menurut saksi letupam amat kuat sehingga mencederakan orang ramai yang berada dalam bangunan berdekatan.
Bekas Perdana Menteri Saad Al-Hariri menuduh kumpulan bersenjata yang dikaitkan pengikut Hezbullah sebagai dalang serangan.
Chatah, 62, tahun salah seorang tokoh yang lantang mengkritik kepimpinan Presiden Syria Bashar Al Assad dan Hezbullah yang terbabit secara langsung dengan konflik di negara itu.
Dalam mesej di laman twitternya, setengah jam sebelum kejadian, beliau menuduh kumpulan terbabit cuba mengambil alih Lubnan.
Pembunuhan Chatah dibuat ketika perbicaraan pembunuhan bekas Perdana Menteri Rafik Hariri disambung semula pada Januari depan di The Hague Belanda.
Lima suspek yang dikaitkan dengan Hezbullah sebelum ini menafikan terbabit dengan konspirasi yang meragut lebih 21 nyawa pada 2005.
Astro Awani
Fri Dec 27 2013
Tentera Lubnan berdiri berhampiran bangkai kereta yang musnah dalam letupan yang mengorbankan bekas menteri kewangan Mohammed Chatah. --AP Photo/Bilal Hussein
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Reaksi pemimpin dunia terhadap perjanjian gencatan senjata Lubnan
Erdogan pada Rabu menyambut baik perjanjian itu, sambil menyeru semua pihak, terutamanya Israel, untuk mematuhi sepenuhnya tanggungjawab mereka.
Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan
Jumlah korban tertinggi dicatatkan di bandar Aalamat di Jbeil, utara Beirut.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
GPM Malaysia kutuk serangan Israel, zahirkan solidariti kepada pasukan Malbatt
Serangan itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan anggota pasukan pengaman malah mengancam kestabilan serta keamanan di rantau tersebut.
[TERKINI] Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
Serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Jepun amat bimbang keadaan di Lubnan, seru gencatan senjata
Jepun mengecam sebarang ancaman terhadap keselamatan dan keamanan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
Konflik Lubnan: Kerajaan sedia pelan evakuasi jika PBB putuskan MALBATT berundur
Sebarang keputusan untuk berundur atau sebaliknya memerlukan mandat PBB kerana pasukan UNIFIL di bawah panji-panji PBB.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.