awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Perdagangan Indonesia dijatuhkan hukuman penjara kerana rasuah import gula

Bernama
Bernama
18/07/2025
21:40 MYT
Bekas Menteri Perdagangan Indonesia dijatuhkan hukuman penjara kerana rasuah import gula
Lembong didakwa dan ditahan pada Oktober tahun lepas kerana penglibatannya dalam penyelewengan dana import gula mentah. - Gambar Reuters
JAKARTA: Sebuah mahkamah di Indonesia pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara empat tahun enam bulan ke atas bekas Menteri Perdagangan, Thomas Trikasih Lembong atas kesalahan rasuah berkaitan import gula semasa tempoh perkhidmatannya antara 2015 hingga 2016, lapor Xinhua.
"Mahkamah memutuskan yang defendan, Thomas Trikasih Lembong terbukti bersalah melakukan jenayah," kata Hakim Ketua Dennie Arsan Fatrika semasa membacakan keputusan di Mahkamah Rasuah Jakarta.
Selain hukuman penjara, lelaki berusia 54 tahun itu turut diperintahkan membayar denda sebanyak 750 juta rupiah Indonesia (kira-kira AS$45,750).
Jika gagal membayar denda, dia akan dikenakan tambahan enam bulan penjara.
Lembong didakwa dan ditahan pada Oktober tahun lepas kerana penglibatannya dalam penyelewengan dana import gula mentah.
Kes itu melibatkan kerugian negara dianggarkan sebanyak 400 bilion rupiah (kira-kira AS$24.4 juta) sepanjang tempoh 2015 - 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas menteri Indonesia
#Thomas Trikasih Lembong
#kes rasuah
#rasuah import gula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan