Sebagai tanda penghargaan, Universiti Hiroshima bakal memberi gelaran doktor kehormat kepada tiga bekas pelajar dari Asia Tenggara yang terselamat dari pengeboman atom di bandar Hiroshima pada 1945.

Penghargaan tersebut bakal diberikan kepada tiga bekas pelajar terdiri daripada bekas menteri di Brunei Pengiran Yusof , Hasan Rahaya, bekas ahli parlimen Indonesia dan Abdul Razak yang pernah mengajar bahasa Jepun di Malaysia, menurut pihak universiti.

Kesemua calon terpilih dihantar belajar di Jepun semasa Perang Dunia ke II di bawah program yang direka untuk menyediakan warga asing muda dengan pendidikan yang pro-Jepun.

Walaubagaimanapun pengajian mereka terpaksa dihentikan selepas bandar Hiroshima dilanda bom atom yang digugurkan oleh tentera AS sekaligus membunuh kira-kira 140,000 orang.

Pihak universiti turut merancang untuk menghantar beberapa pegawai ke tiga negara tersebut awal tahun depan untuk menyampaikan penghargaan dan gelaran itu.