SINGAPURA:Bekas perenang Malaysia yang memegang status penduduk tetap Singapura dihukum penjara lapan minggu hari ini kerana ingkar memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS), menurut rangkaian berita televisyen CNA.
Menurut laporan di portalnya, Lim Ching Hwang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Pendaftaran Negara dengan satu lagi pertuduhan diberi pertimbangan.
Perenang kelahiran Selangor berusia 24 tahun itu dilaporkan datang ke Singapura pada 2010 dan belajar di Sekolah Sukan Singapura sehingga 2013.
Lim diberikan status penduduk tetap di bawah Skim Bakat Sukan Asing pada Mac 2014 dan tertakluk kepada syarat di bawah Akta Pendaftaran Negara, demikian laporan tersebut.
Beliau menerima notis pendaftaran untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 tetapi pada masa sama beliau menerima tawaran biasiswa daripada sebuah entiti swasta untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat mulai September 2014.
Laporan itu menyebut Lim mendaftar untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 dan memohon penangguhan yang diberikan sehingga Mei 2017 bagi membolehkan beliau melanjutkan pengajian diploma di politeknik di republik itu.
Namun begitu, Lim gagal menamatkan pengajian dan meninggalkan negara itu pada Julai 2014.
Pada bulan sama, Lim dan keluarganya cuba memohon penangguhan Perkhidmatan Negara supaya beliau dapat melanjutkan pengajian ke universiti tetapi permohonannya tidak berjaya kerana Kementerian Pertahanan 'biasanya tidak memberikan penangguhan untuk pengajian universiti', kata laporan itu.
Menurut laporan itu, keluarga Lim dimaklumkan mengenai bon untuk permit keluar diberikan tetapi mereka tidak berpuas hati dengan dasar sedemikian.
Mereka tidak memberi bon sedemikian dan sebaliknya terus memohon untuk menangguhkan pendaftaran Perkhidmatan Negara pada 2014 dan 2015.
Selepas pihak berkuasa Singapura memberitahu bapanya pada Februari 2015 bahawa anaknya perlu menempah tarikh untuk saringan kesihatan sebagai persediaan untuk mendaftar, bapa Lim berkata anaknya sudah memulakan pengajian universiti di Amerika Syarikat dan akan melepaskan status sebagai penduduk tetap.
Menurut portal itu, Lim yang pulang ke Singapura pada 2 Jun 2015 kemudian disahkan sihat untuk pendaftaran pada 7 Julai 2015 tetapi beliau meninggalkan republik itu pada hari yang sama ke Amerika Syarikat dan terus berusaha memohon penangguhan.
Laporan itu menyebut Lim gagal untuk melaporkan diri untuk pendaftaran pada 11 Nov 2015 dan polis mengeluarkan waran terhadapnya.
Perenang itu akhirnya pulang ke Singapura pada 11 Jun 2018 selepas menamatkan pengajian di universitinya.
Lim, yang kemudiannya mendaftar pada April 2019 dan menamatkan Perkhidmatan Negara pada 2 Feb 2021, dibenarkan memulakan hukuman pada 23 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021

Lim Ching Hwang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Pendaftaran Negara dengan satu lagi pertuduhan diberi pertimbangan. - BERNAMA

Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Hujan ribut, pokok tumbang, empat cedera, 10 rumah rosak di Ipoh
Menurutnya, kelima-lima mangsa berteduh di bawah garaj rumah kosong itu ketika hujan lebat dan angin kencang di sekitar Ipoh.

Nahas FRU: KPWKM teliti bantuan JKM yang akan disalur - Nancy
KPWKM sedang meneliti bantuan kewangan menerusi JKM yang akan disalur kepada waris sembilan anggota FRU yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampan.

Hubungan baik PKR, GRS perlu dijaga untuk hadapi PRN17 Sabah - Mustapha
Mustapha berkata, walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama BN pada PRN17, kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut.

Konsep Piala Dunia 2025 mirip Sukan Komanwel 2026 - PLBM
Malaysia menjadi negara pertama menguji penggunaan gelanggang mudah alih atau portable ring mengikut piawaian antarabangsa.

MITRA terus perkasa ekonomi masyarakat India melalui penganjuran MIIP
Program MIIP dilihat penting kerana menjadi satu-satunya platform bagi meningkatkan tahap celik pelaburan komuniti India.

RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat April - Akauntan Negara
Akauntan Negara Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Majlis Belia pentas anak muda bina bangsa MADANI
Majlis Belia perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk menerima dan mencari pandangan belia dari luar tembok organisasi MBWP.
APMM tumpas cubaan seludup 425kg minyak masak di Sandakan
Cubaan menyeludup keluar 425 kilogram minyak masak bersubsidi berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi di perairan Kampung Sundang Laut, Sandakan.
Sebuah vesel kargo kecil yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan ditemukan membawa 25 bungkusan plastik hitam berisi minyak masak tanpa permit.
Sebuah vesel kargo kecil yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan ditemukan membawa 25 bungkusan plastik hitam berisi minyak masak tanpa permit.
Polis tahan lelaki, rampas dadah bernilai RM1.6 juta
Polis berjaya menumpaskan rangkaian pengedaran dadah apabila seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia, Batu Pahat, Rabu lalu.
Serbuk disyaki ekstasi seberat 9.4 kilogram dan ketamin seberat 460 gram dirampas dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.6 juta.
Serbuk disyaki ekstasi seberat 9.4 kilogram dan ketamin seberat 460 gram dirampas dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.6 juta.

Bekas perenang Malaysia dijel kerana ingkar Perkhidmatan Negara
Lim Ching Hwang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Pendaftaran Negara dengan satu lagi pertuduhan diberi pertimbangan.