Skip to main content

Malaysia

Tiada sekatan terhadap rumah ibadat bukan Islam di kawasan komersial di Selangor - Exco

Ng Sze Han
Ng berkata kerajaan negeri komited dalam menyelesaikan hal penyelarasan pentadbiran dan teknikal melalui dialog konstruktif bagi memastikan Selangor kekal sebagai negeri yang progresif, adil dan inklusif untuk semua. - Gambar fail/DUN Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak menguatkuasakan atau melaksanakan garis panduan perancangan yang melarang rumah ibadat bukan Islam dibina di kawasan komersial, kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han.

Ng, yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas bagi Hal Ehwal Bukan Islam (LIMAS) berkata semakan terhadap garis panduan tersebut akan dilakukan oleh kerajaan negeri dengan rundingan bersama persatuan agama, dan satu mesyuarat berkaitan perkara itu akan diadakan pada awal bulan depan.

“Kerajaan negeri komited dalam menyelesaikan hal penyelarasan pentadbiran dan teknikal ini melalui dialog yang konstruktif bagi memastikan Selangor kekal sebagai negeri yang progresif, adil dan inklusif untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ng juga berkata tiada tindakan penguatkuasaan akan diambil sepanjang semakan itu dijalankan.

Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab kebimbangan yang timbul baru-baru ini berhubung garis panduan PLANMalaysia Selangor mengenai rumah ibadat bukan Islam, khususnya berkaitan kelulusan permohonan akan datang bagi rumah ibadat bukan Islam di lot kedai kawasan komersial.

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement