BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra akan pulang ke tanah airnya pada Selasa (22 Ogos), hari yang sama sidang Parlimen mengundi perdana menteri baharu.
Anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra yang juga calon perdana menteri Parti Pheu Thai berkata demikian dalam hantaran di media sosial pada Sabtu.
"Pada Selasa, 22 Ogos jam 9 pagi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, saya akan bertemu bapa Thaksin," tulisnya.
Media tempatan melaporkan bahawa Thaksin dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada 9 pagi, waktu tempatan menggunakan jet peribadi.
Pada Mei tahun ini, Thaksin menyatakan beliau akan kembali ke Thailand pada Julai sebelum hari lahirnya tetapi ia ditangguhkan. Rancangannya untuk pulang pada 10 Ogos turut ditangguhkan kerana didakwa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.
Thaksin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan oleh tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.
Beliau meninggalkan Thailand pada Ogos 2008 untuk mengelak daripada berdepan hukuman penjara.
Thanksin berdepan hukuman penjara 10 tahun atas sabitan kesalahannya oleh Bahagian Jenayah Mahkamah Agung dalam tiga kes berasingan.
Selasa adalah sesi undian parlimen ketiga bagi pemilihan perdana menteri, di tengah-tengah ketidaktentuan politik yang berpanjangan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Parti Pheu Thai yang disokong Thaksin akan mencalonkan hartawan hartanah Srettha Thavisin sebagai perdana menteri.
Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum 14 Mei kini membentuk dan mengetuai gabungan baharu termasuk United Thai Nation (UTN) yang disokong tentera dan Parti Bhumjaithai, dalam usaha untuk memecahkan kebuntuan politik dan membentuk kerajaan baharu.
Gabungan itu kini mempunyai sejumlah 274 kerusi dalam Dewan Rakyat yang dianggotai 500 orang.
Bagaimanapun, jumlah itu masih berkurangan dan memerlukan sokongan daripada 250 Senator di Dewan Negara kerana calon perdana menteri memerlukan 376 undi di Parlimen sebelum boleh membentuk kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Thaksin dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok pada 9 pagi, waktu tempatan menggunakan jet peribadi. - Gambar fail/REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya
Thaksin dan penyokongnya berpegang teguh kepada pendapat mereka bahawa kesemua pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.
Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor telah dimasukkan dalam senarai pengampunan diraja untuk banduan dan tempoh parol akan berakhir esok.
Paetongtarn Shinwatra dipilih sebagai PM baharu Thailand
Pemimpin parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra memperoleh undi majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Thailand ke-31.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin
Mahkamah berkata Thaksin telah menafikan semua pertuduhan dan memohon ikat jamin kerana faktor usia.
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.