awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Argentina jalani hukuman penjara 6 tahun bawah tahanan rumah

Bernama
Bernama
18/06/2025
08:30 MYT
Bekas Presiden Argentina jalani hukuman penjara 6 tahun bawah tahanan rumah
Kirchner akan dipantau secara elektronik dan hanya dibenarkan berada di kediamannya di Buenos Aires, dengan sekatan ketat terhadap pergerakan dan lawatan ke rumahnya. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Bekas Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner akan menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah di bawah pelaksanaan tahanan di rumah, menurut keputusan seorang hakim persekutuan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Bekas Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah, namun akan menjalani hukuman di bawah tahanan rumah kerana faktor usia dan keselamatan.
  • Kirchner akan dipantau secara elektronik dan hanya dibenarkan berada di kediamannya di Buenos Aires, dengan sekatan ketat terhadap pergerakan dan lawatan ke rumahnya.
  • Hukuman ini berkuat kuasa serta-merta, dan beliau telah diharamkan seumur hidup daripada memegang jawatan awam, sementara menunggu semakan rayuan oleh Mahkamah Agung.

Mahkamah memutuskan bahawa penahanan di rumah terhadap Kirchner, 72, adalah wajar berdasarkan faktor usia dan kedudukannya sebagai tokoh politik berprofil tinggi.
Keputusan itu turut mengambil kira kebimbangan terhadap keselamatannya, merujuk kepada cubaan bunuh terhadap Kirchner pada 2022 dan menyatakan bahawa keselamatannya "boleh menjadi rumit sekiranya ditahan dalam penjara bersama banduan lain."
Menurut keputusan itu, Kirchner mesti mula menjalani hukuman serta-merta.
Beliau akan dipantau secara elektronik dan hanya dibenarkan berada dalam kediamannya di Buenos Aires, yang turut dihuni anak perempuan dan cucunya.
Mahkamah turut menetapkan bahawa Kirchner "mesti kekal di alamat berdaftar dan tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam situasi luar biasa."
Sebarang lawatan ke kediaman itu selain kakitangan rumah, petugas perubatan atau individu yang diberi kebenaran, perlu mendapat kelulusan mahkamah terlebih dahulu.
Kirchner dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan diharamkan seumur hidup daripada memegang jawatan awam pada 2022 atas kesalahan rasuah, namun beliau kekal bebas sementara menunggu semakan Mahkamah Agung terhadap rayuannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Presiden Argentina
#Cristina Fernandez De Kirchner
#kes rasuah
#tahanan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami