Skip to main content

Dunia

Perancis akan terima pelaburan asing AS$108 bilion - Macron

Menurut Macron (foto), dana itu akan dilaburkan dalam pusat data, pembangunan kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, mineral kritikal, elektrifikasi, pengangkutan dan penjagaan kesihatan. -Gambar fail
Menurut Macron (foto), dana itu akan dilaburkan dalam pusat data, pembangunan kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, mineral kritikal, elektrifikasi, pengangkutan dan penjagaan kesihatan. -Gambar fail

Advertisement

Advertisement

MOSCOW: Syarikat asing akan melabur sebanyak 93 bilion euro (US$108.2 bilion) di Perancis dalam tahun-tahun akan datang, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Presiden Emmanuel Macron.

Sidang Kemuncak Pelaburan Choose France kesembilan berlangsung di Versailles pada Isnin.

"Kali ini sahaja, Choose France akan menarik pelaburan sebanyak 93 bilion euro, yang sudah disahkan... Jelas sekali, ini jumlah rekod dengan jurang yang besar dan merupakan peristiwa bersejarah," kata Macron ketika berucap pada acara itu, Isnin.

Advertisement

Menurut beliau, dana itu akan dilaburkan dalam pusat data, pembangunan kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, mineral kritikal, elektrifikasi, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.

Hampir separuh daripada pelaburan itu iaitu 45 bilion euro, akan disediakan oleh syarikat induk Jepun, SoftBank, kata Macron sambil menambah jumlah itu akan meningkat kepada 75 bilion euro pada masa hadapan.

Advertisement

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement