awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Georgia, Saakashvili disabitkan kesalahan baharu

Bernama
Bernama
17/03/2025
23:40 MYT
Bekas Presiden Georgia, Saakashvili disabitkan kesalahan baharu
Saakashvili pada 2018 dijatuhi hukuman penjara tanpa kehadiran semasa beliau tinggal di luar negara - termasuk atas kesalahan menyalahgunakan kuasa. Kepulangannya ke Georgia pada 2021 kini telah membawa kepada sabitan baharu. - Gambar fail AP
TBILISI: Bekas Presiden Georgia, Mikheil Saakashvili yang dipenjarakan sejak 2021, dijatuhi hukuman penjara tambahan empat setengah tahun kerana memasuki negara itu secara tidak sah, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Lelaki berusia 57 tahun itu juga didapati bersalah atas kesalahan penyelewengan minggu lepas dan dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara dalam prosiding yang dikecam oleh beliau dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebagai bermotifkan politik.
Sebuah mahkamah di Tbilisi pada Isnin menyatakan, telah terbukti Saakashvili menyeberangi sempadan secara rahsia pada 2021, menjadikan jumlah keseluruhan sabitannya kepada empat.
Saakashvili pada 2018 dijatuhi hukuman penjara tanpa kehadiran semasa beliau tinggal di luar negara - termasuk atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.
Kepulangannya ke Georgia pada 2021 kini telah membawa kepada sabitan baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Presiden Georgia
#Mikheil Saakashvili
#hukuman penjara
#Mahkamah Tbilisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan