Skip to main content

Dunia

Jumlah korban serangan Israel ke atas Lubnan sejak 2 Mac meningkat kepada 1,953

A resident checks damage to buildings as she walks near charred cars, at the site of Wednesday's Israeli airstrike, in Beirut, Lebanon, Friday, April 10, 2026. (AP Photo/Emilio Morenatti)
Seorang penduduk melihat kerosakan di lokasi serangan udara Israel di Beirut, Lubnan, 10 April 2026. (Foto AP)

ISTANBUL: Jumlah korban akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak 2 Mac meningkat kepada 1,953 orang, dengan 6,303 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata gelombang serangan Israel pada 8 April mengorbankan 357 orang dan mencederakan 1,223 yang lain.

Advertisement

Ia menambah bahawa angka tersebut masih bersifat awal kerana pasukan penyelamat terus membersihkan runtuhan, dengan sejumlah besar mayat memerlukan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa.

Seorang pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberitahu Anadolu pada Khamis bahawa AS akan menjadi tuan rumah rundingan langsung antara Israel dan Lubnan minggu depan sebagai sebahagian daripada rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung.

Rundingan yang dijangka itu susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump pada Selasa mengenai gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran, dengan menyatakan Tehran mengemukakan cadangan 10 perkara yang “boleh dilaksanakan” untuk rundingan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video