awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: Calon Bebas lancar manifesto, kemuka 10 tawaran
Pelaksanaan MA63 terus menjadi agenda utama Kerajaan MADANI - Peguam Negara
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 5 tahun

Bernama
Bernama
16/01/2026
10:11 MYT
Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 5 tahun
Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Yoon Suk Yeol itu dalam keputusan pertama terhadap pertuduhan berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024. - Reuters
SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dihukum penjara lima tahun pada Jumaat atas beberapa pertuduhan termasuk menghalang usaha penyiasat menahannya tahun lepas, lapor Agensi Berita Yonhap.
Mahkamah Daerah Tengah Seoul menjatuhkan hukuman itu dalam keputusan pertama terhadap pertuduhan berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024.
Hukuman itu tidak memenuhi permohonan pasukan pendakwa raya khas diketuai Cho Eun-suk bulan lepas yang menyebut bahawa bekas presiden itu melakukan kesalahan serius dengan menggunakan institusi negara demi kepentingan sendiri dengan matlamat melindungi dan mewajarkan tindakan jenayahnya.
Semasa perbicaraan, yang dihadiri bekas presiden yang dipenjarakan itu serta ditayangkan secara langsung di televisyen, Hakim Baek Dae-hyun menyenaraikan pertuduhan terhadap Yoon dan penghakiman bagi setiap satu.
Yoon dituduh mengarahkan Perkhidmatan Keselamatan Presiden untuk menghalang penyiasat mengeluarkan waran bagi menangkap beliau pada Januari tahun lepas, melanggar hak sembilan anggota Kabinet yang tidak dipanggil untuk suatu perjumpaan bagi meneliti pelan undang-undang tenteranya, dan merangka dan kemudian menghapuskan pengisytiharan yang disemak semula selepas undang-undang ketenteraan ditarik balik.
Selain itu, bekas presiden itu juga didakwa mengarahkan penyebaran kenyataan media yang mengandungi maklumat palsu mengenai pengisytiharan tersebut dan memadam rekod daripada telefon selamat yang digunakan oleh komander tentera ketika itu.
Mahkamah berkata Yoon bersalah atas semua kesalahan selain berhubung hak dua daripada sembilan anggota Kabinet dan arahan menyebarkan kenyataan media yang salah.
Beliau berkata Yoon tidak menunjukkan keinsafan walaupun "sifat jenayah itu sangat teruk."
Mahkamah memutuskan bahawa Pegawai Tinggi Pejabat Penyiasatan Rasuah bertindak dalam skop kuasanya dalam menyiasat dan mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas presiden itu tahun lepas.
Keputusan itu dijangka memberikan implikasi terhadap keputusan pertuduhan bagi bulan depan berkaitan Yoon mengetuai pemberontakan menerusi dekri singkatnya itu.
Pendakwa raya khas sebelum ini menuntut hukuman mati ke atas Yoon atas dakwaan pemberontakan. Mahkamah menetapkan kes diputuskan pada 19 Feb ini.
Bekas presiden itu berdepan lapan perbicaraan berhubung percubaan melaksanakan undang-undang tentera, pertuduhan rasuah isterinya dan kematian seorang anggota tentera laut pada 2023.
Ini merupakan kali ketiga perbicaraan bekas presiden disiarkan secara langsung.
Pada 2018, perbicaraan bekas Presiden Park Geun-hye dan Lee Myung-bak berkaitan kes rasuah masing-masing turut disiarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas presiden dipenjara
#Korea Selatan
#Yoon Suk Yeol
#undang-undang tentera
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan