DUNIA
Bekas Presiden Korea Selatan Yoon disiasat berhubung pengisytiharan undang-undang tentera

Ini merupakan kali pertama Yoon disoal siasat di dalam pejabat pendakwa raya, tempat beliau pernah berkhidmat sebagai pendakwa sebelum menjadi presiden. - Reuters
SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol hadir untuk disoal siasat oleh pasukan peguam khas pada Sabtu berhubung tuduhan pemberontakan berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Yoon tiba di Pejabat Pendakwa Raya Tinggi Seoul di selatan Seoul pada 9.56 pagi untuk siasatan mengenai penguatkuasaan undang-undang tentera pada 3 Dis, dua minggu selepas siasatan khas itu dilancarkan.
Ini merupakan kali pertama Yoon disoal siasat di dalam pejabat pendakwa raya, tempat beliau pernah berkhidmat sebagai pendakwa sebelum menjadi presiden.
Yoon tiba melalui pintu utama menaiki van hitam dan berjalan masuk ke bangunan tanpa ekspresi serta tidak menjawab soalan wartawan.Terdahulu, pasukan Yoon memohon agar beliau dibenarkan masuk secara peribadi melalui tempat letak kereta bawah tanah, namun permohonan itu ditolak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami