awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Pakistan Imran Khan guna AI dakwa kemenangan dalam pilihan raya

Bernama
Bernama
10/02/2024
08:32 MYT
Bekas Presiden Pakistan Imran Khan guna AI dakwa kemenangan dalam pilihan raya
Khan memuji orang ramai yang "keluar beramai-ramai untuk mengundi," sambil menyatakan bahawa "gerak balas yang belum pernah terjadi sebelumnya" di negara itu membolehkan kemenangan besar parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan. - Gambar fail/Reuters
ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu pada Jumaat.
Dalam ucapan kemenangan yang dijana AI, Khan memuji orang ramai yang "keluar beramai-ramai untuk mengundi," sambil menyatakan bahawa "gerak balas yang belum pernah terjadi sebelumnya" di negara itu membolehkan kemenangan besar parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pada pilihan raya umum 2024, lapor Agensi Anadolu.
"Kami sedang mendahului di lebih 170 kerusi Dewan Perwakilan," kata Khan dalam mesej yang disiarkan dalam akaun X beliau.
Beliau mengkritik lawannya, pemimpin Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang membuat ucapan kemenangan walaupun ketika partinya ketinggalan berbanding PTI.
Khan yang dipenjarakan sejak Ogos lepas, menggesa orang ramai "meraikan dan mengadakan solat syukur."
"Selepas dua tahun penindasan dan ketidakadilan," Khan mendakwa bahawa PTI memenangi pilihan raya umum 2024 dengan "majoriti dua pertiga."
Nawaz Sharif menggesa penubuhan "kerajaan perpaduan," dengan meminta parti-parti lain menyertainya.
Berjuta-juta rakyat Pakistan mengundi pada Khamis untuk memilih parlimen baharu dan empat dewan wilayah.
Calon bebas yang disokong oleh parti PTI mendahului sementara menunggu keputusan penuh pilihan raya.
Parti bebas yang bergabung dengan PTI, memenangi sekurang-kurangnya 95 kerusi, diikuti oleh PML-N dengan 66 dan Parti Rakyat Pakistan kiri tengah dengan 51.
Keputusan akhir dijangka diketahui dalam tempoh beberapa jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri Pakistan
#Imran Khan
#AI
#kemenangan dalam pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan