awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas presiden Sarkozy dilucutkan anugerah tertinggi Perancis

Bernama
Bernama
16/06/2025
05:20 MYT
Bekas presiden Sarkozy dilucutkan anugerah tertinggi Perancis
Sarkozy (gambar) merupakan ketua negara Perancis kedua yang pernah dilucutkan anugerah Legion of Honour. - Gambar fail/REUTERS
PARIS: Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy telah dilucutkan daripada anugerah tertinggi negara itu menerusi dekri awam yang memecat beliau daripada Legion of Honour, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tarikh dekri itu berkuat kuasa diundurkan bermula 17 Mei, iaitu pada hari mahkamah rayuan mengekalkan sabitan terhadap Sarkozy atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan pengaruh.
Pada Disember lepas, mahkamah tertinggi Perancis menyokong keputusan mahkamah rendah bahawa beliau perlu menjalani hukuman penjara tiga tahun, dengan dua tahun daripadanya digantung.
Tahun ketiga hukuman itu dijalani di rumah dengan pemantauan melalui alat elektronik, namun beliau kemudiannya dibenarkan menanggalkannya mengikut syarat tertentu.
Menurut akhbar Le Monde, Sarkozy merupakan ketua negara Perancis kedua yang pernah dilucutkan anugerah itu.
Mereka yang disabitkan kesalahan jenayah tidak layak untuk menjadi ahli Legion of Honour.
Sarkozy dilucut anugerah 'Legion of Honor' kerana rasuah
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Nicolas Sarkozy
#Perancis
#lucut anugerah
#Legion of Honour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami