awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda: Kebakaran di kapal pengangkut dengan muatan 3,800 kereta reda

Bernama
Bernama
28/07/2023
14:55 MYT
Belanda: Kebakaran di kapal pengangkut dengan muatan 3,800 kereta reda
Menurut pengawal pantai, operasi memadam kebakaran masih sukar. Sebuah pesawat dijadualkan untuk mengambil gambar dan memeriksa bacaan suhu pada pagi Jumaat. - Gambar Reuters/Johnny Cotton
AMSTERDAM: Kebakaran di kapal pengangkut kereta Fremantle Highway yang terletak di luar pantai Belanda telah reda, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Suhu di dalam kapal juga didapati telah menurun, menurut jurucakap pengawal pantai. Kapal pengangkut yang memuatkan kira-kira 3,800 kereta, kini berada pada kedudukan kurang 17 kilometer di utara pulau Terschelling.
Fremantle Highway terbakar pada awal Rabu di luar kepulauan Ameland. Anak kapal telah dipindahkan, tetapi seorang mangsa meninggal dunia ketika proses itu.
Menurut pengawal pantai, operasi memadam kebakaran masih sukar. Sebuah pesawat dijadualkan untuk mengambil gambar dan memeriksa bacaan suhu pada pagi Jumaat.
Terdapat kebimbangan mengenai bencana alam di Laut Wadden jika kapal pengangkut itu tenggelam, terbalik, atau terbelah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sebuah kapal khas untuk membersihkan minyak berat telah diikat terus berdekatan dengan Fremantle Highway.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kapal pengangkut
#bencana alam
#pantai Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan