Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi landa Sumatera, gegaran turut dirasai di Lembah Klang

gempa
Gempa itu dikesan berlaku pada kedudukan koordinat 4.2 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur. - Gambar/ usgs.gov
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada jam 12.18 tengah hari tadi turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan koordinat 4.2 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur.

Pusat gempa dikenal pasti terletak kira-kira 55 kilometer barat daya dari Langsa, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya sedang memantau keadaan secara berterusan bagi memastikan sebarang perkembangan berkaitan dapat disampaikan kepada orang ramai.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh MetMalaysia bagi membantu proses pengumpulan maklumat mengenai kesan gempa tersebut.

Sementara itu, orang ramai di Malaysia berkongsi mengenai gegaran gempa berkenaan yang dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Petaling Jaya. 

Tinjauan di Threads mendapati, banyak pengguna mengajukan pertanyaan kerana ingin mendapatkan kepastian sama ada orang lain turut merasai gegaran di sekitar Petaling Jaya.

Salah seorang pengguna @ririshanifa meninggalkan komen: "ada sesiapa rasa gegaran tak tadi? Bukan gempa bumi kan," katanya.

Pengguna @nasiha.is mengakui turut merasai perkara sama: "Ada gempa bumi ke? Saya baru rasa bergoyang," katanya.

 

 

Must Watch Video

Advertisement