awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belarus bebaskan 31 warga Ukraine dalam penjara selepas perbincangan dengan AS

Bernama
Bernama
22/11/2025
22:00 MYT
Belarus bebaskan 31 warga Ukraine dalam penjara selepas perbincangan dengan AS
Wanita warga Ukraine yang dibebaskan dari penjara Belarus menuruni bas di satu lokasi yang tidak didedahkan di Ukraine, 22 Nov 2025. REUTERS
MOSCOW: Belarus telah memberi pengampunan kepada 31 warga Ukraine yang dipenjarakan hasil pengantaraan Amerika Syarikat (AS) dan kini dalam proses menyerahkan mereka kepada Kyiv, menurut kerajaan di Minsk pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jurucakap Presiden Alexander Lukashenko, Natallia Eismant memberitahu agensi berita negara Belta bahawa keputusan itu dicapai menerusi persefahaman yang dicapai antara Lukashenko dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan panggilan telefon pertama mereka pada Ogos.
Tiada pengesahan segera daripada pihak berkuasa Ukraine.
Eismant berkata warga Ukraine berkenaan, yang dipenjara di Belarus atas pelbagai kesalahan, dibebaskan atas dasar kemanusiaan dan rasa muhibah bagi "mewujudkan keadaan untuk menyelesaikan konflik ketenteraan", merujuk kepada perang di Ukraine.
Beliau berkata dua paderi Katolik turut dibebaskan lebih awal pada Khamis atas permintaan paus.
Eismant berkata hubungan dengan Washington kini berada pada fasa aktif dan Lukashenko terbuka kepada dialog.
Namun, Lukashenko kekal sekutu rapat Moscow dalam perang terhadap Ukraine, membenarkan pasukan Rusia menggunakan wilayah Belarus untuk serangan dan menyokong pengeluaran senjata bagi konflik itu.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Lukashenko turut memberi pengampunan dan membebaskan sebahagian tahanan politik, termasuk tokoh pembangkang.
Pemimpin lama yang digelar diktator terakhir Eropah itu dilihat berharap pencairan hubungan dengan Barat boleh membuka jalan kepada kemungkinan pelonggaran sekatan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belarus
#pengampunan
#warga Ukraine dibebaskan
#penjara di Belarus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan