awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belgium setuju kerja 4 hari seminggu

Bernama
Bernama
18/06/2022
04:19 MYT
Belgium setuju kerja 4 hari seminggu
Belgium akan mengurangkan hari bekerja daripada lima hari kepada empat dengan mengekalkan tempoh waktu bekerja mingguan. - Gambar fail
BRUSSELS: Kerajaan gabungan di Belgium pada Jumaat mengumumkan ia bersetuju terhadap pembaharuan rang undang-undang buruh termasuk kemungkinan membenarkan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Perjanjian pekerjaan" bertujuan memberi fleksibiliti dan kebebasan dalam bekerja dengan objektif meningkatkan kadar tenaga kerja dalam kalangan dewasa melebihi 80 peratus berbanding 70.6 peratus menjelang 2030.
Sebagai aspek paling penting terhadap pembaharuan itu, Belgium akan mengurangkan hari bekerja daripada lima hari kepada empat dengan mengekalkan tempoh waktu bekerja mingguan.
Daripada segi praktikal, pekerja boleh bekerja 10 jam setiap hari dan bukan lapan jam seperti kebiasaan, serta mendapat cuti tambahan setiap minggu sebagai balasan.
Pekerja juga diberi pilihan lain, seperti mengambil cuti sepanjang minggu atau menggilir tempoh waktu kerja 10 jam dan lapan jam
Rang undang-undang itu bagaimanapun masih belum diluluskan di peringkat persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belgium
#rang undang-undang buruh
#tempoh bekerja
#kerja empat hari seminggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan