awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia Islam di Britain bantu golongan memerlukan sempena Krismas

Bernama
Bernama
27/12/2022
05:00 MYT
Belia Islam di Britain bantu golongan memerlukan sempena Krismas
Amya melancarkan inisiatif itu dengan kerjasama badan amal Marie Curie yang menyediakan sokongan dan penjagaan bagi mereka yang menghidap penyakit. - Foto Twitter/Muslims For Humanity
LONDON: Persatuan Belia Islam Ahmadiyah (Amya) mengedarkan 'bakul hadiah' kepada golongan yang memerlukan di seluruh Britain terutama mereka yang terkesan akibat krisis kos sara hidup ketika musim perayaan.
Ketua belia serantau Amya, Muhammad Akbar, berkata inisiatif itu bertujuan meringankan sedikit beban kepada mereka yang terkesan, lapor PA Media/dpa.
"Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda bahawa setiap perbuatan kebaikan adalah sedekah.
"...jadi tahun ini kami memutuskan untuk menyumbangkan bakul hadiah dengan harapan sumbangan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan," katanya.
Amya melancarkan inisiatif itu dengan kerjasama badan amal Marie Curie yang menyediakan sokongan dan penjagaan bagi mereka yang menghidap penyakit.
Terdapat lebih 400 permohonan diterima daripada 40 bandar dan pekan di seluruh United Kingdom untuk mendapatkan bantuan bakul hadiah itu.
Pada Krismas, ratusan sukarelawan telah ditugaskan ke 22 wilayah untuk mengagihkan bakul itu.
Bakul hadiah itu mengandungi makanan, lilin wangi, selendang musim sejuk, mainan, alat tulis dan kad.
"Ini merupakan pengalaman yang sangat mencabar...kami berharap kami dapat meneruskan inisiatif yang sama pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Britain
#Persatuan Belia Islam Ahmadiyah
#Islam
#Krismas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan