Skip to main content

Dunia

Ben-Gvir ikrar terus perluas pemilikan senjata api di Israel

71672902213_BenGvir.jpg
Ben-Gvir (foto) berkata dasar itu akan terus diperluas termasuk dengan menambah kawasan yang layak memohon lesen senjata api, berasaskan faktor keselamatan dan lokasi kediaman. -Gambar fail
Advertisement

BAITULMUQADDIS: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, berikrar untuk meneruskan usaha memperluas pemilikan senjata api dalam kalangan rakyat rejim itu selepas perkembangan terbaharu berkaitan siasatan terhadap pegawai di bawah kementeriannya.

Siasatan berkenaan sebelum ini dijalankan susulan dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pengeluaran lesen dan permit senjata api, termasuk dakwaan bahawa sebahagian kelulusan diberikan tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Menerusi hantaran di platform X, Ben-Gvir menyifatkan siasatan tersebut sebagai satu bentuk penganiayaan politik yang bertujuan menghalang agenda keselamatannya.

 

 

Dia berkata reformasi yang diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah meningkatkan jumlah pemegang lesen senjata api di Israel kepada lebih 300,000 orang.

Menurut Ben-Gvir, dasar itu akan terus diperluas termasuk dengan menambah kawasan yang layak memohon lesen senjata api, berasaskan faktor keselamatan dan lokasi kediaman.

Dia turut menggesa rakyat Israel yang memenuhi syarat agar memohon lesen senjata api bagi memperkukuh keupayaan mempertahankan diri serta membantu menangani ancaman keselamatan.

Sebelum ini, Ben-Gvir berulang kali mempertahankan dasar pemilikan senjata api yang lebih longgar dengan menyatakan bahawa senjata di tangan orang awam yang bertanggungjawab mampu membantu mencegah serangan dan menyelamatkan nyawa.

 

Must Watch Video

Advertisement