JAMBATAN akar yang terletak di Barat Sumatera Indonesia merupakan antara lokasi paling popular dengan keunikan dua batang pokok yang mana akarnya dijadikan jambatan semula jadi untuk merentangi sebatang sungai di situ.
Cuma, ramai antara kita selama ini beranggapan bahawa bentuk akarnya yang unik sehingga membentuk sebuah jambatan itu berlaku secara semula jadi.
Sangkaan itu sebenarnya tidaklah berapa tepat jika kita telusuri sejarah sebenar yang berlaku.
Kisahnya bermula pada 1890 apabila seorang guru tempatan bernama Pakih Sohan berfikir untuk memudahkan pelajarnya menyeberangi sungai tersebut.
Pada awalnya guru tersebut menghubungkan kedua-dua tebing sungai itu dengan beberapa batang buluh.
Dalam masa yang sama beliau turut menanam dua batang pokok beringin di kedua-dua belah tebing sungai berkenaan dengan niat akarnya nanti mungkin berguna untuk dijadikan sebagai jambatan jika pokok tersebut mampu hidup lama.
Niat murni guru tersebut yang memikirkan bagaimana anak-anak muridnya mampu ke sekolah dengan lebih cepat nyata membuahkan hasil apabila 30 tahun kemudian pokok berkenaan membesar seperti yang diinginkan.
Akar pokok berkenaan semakin memanjang tetapi bukanlah terbentuk seperti jambatan yang ada sekarang sebaliknya berjuntai ke bawah menghala ke sungai berkenaan seperti mana sifat semulajadinya.
Malah, sebaliknya guru tersebut secara sedikit-sedikit memintal akar pokok berkenaan antara satu sama lain sehinggalah satu masa akar daripada kedua-dua pokok tersebut mampu dicantumkan.
Proses berkenaan bukanlah berlaku secara alami dalam tempoh yang singkat sebenarnya.
Malah hayat guru Pakih itu sendiri tidak dapat melihat akar pokok yang ditanamnya membentuk seperti jambatan seperti mana hari ini.
Sebaliknya ia disambung sedikit demi sedikit oleh orang-orang tempatan selepasnya sehinggalah menjadi apa yang kelihatan hari ini.
Tidak ada keajaiban sebenarnya seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak tetapi ia dilakukan secara fizikal dan memakan masa yang amat lama.
Malah hari ini kabel logam dan papan terpaksa diletakkan di bawah akar tersebut untuk memastikan ia bertahan dan terus menyokong jambatan akar itu.
Apapun yang penting jasa guru Pakih itu amat besar dan sangat memberi manfaat kepada ramai orang kerana rasa keperihatinannya itu.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jan 13 2019
Akar pokok berkenaan dipintal sehingga kedua-dua pokok tersebut mampu dicantumkan. -Youtube/Adi Masliardi
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Benarkah jambatan ini 'tumbuh' dengan sendiri?
Sangkaan itu sebenarnya tidaklah berapa tepat jika kita telusuri sejarah sebenar yang berlaku