BANGKOK: Negeri Kayah di Myanmar kemungkinan menyaksikan bencana kemanusiaan kerana dianggarkan 100,000 penduduk yang terpaksa melarikan diri ke hutan berikutan serangan kejam oleh junta, kini terdedah kepada bahaya penyakit dan kebuluran.
Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi Manusia di Myanmar, Tom Andrews memberi amaran jika tindakan segera tidak diambil bilangan kematian lebih besar sejak rampasan kuasa 1 Februari lepas yang menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi boleh berlaku.
Terdapat laporan mengenai kekurangan air minum yang selamat, wabak cirit-birit yang teruk dan kekurangan tempat tinggal serta penduduk yang sangat memerlukan makanan, air dan ubat-ubatan.
"Dilaporkan juga pihak junta telah menghalang bantuan sampai kepada mereka dengan membuat sekatan tentera. Saya juga menerima laporan pasukan junta turut meletakkan periuk api di jalan raya awam, " katanya dalam satu kenyataan.
Negeri Kayah, yang bersempadan dengan Thailand, antara satu daripada beberapa wilayah yang menyaksikan pertempuran kumpulan penentang awam dengan junta. Junta dilaporkan bertindak balas dengan serangan bom dan tembakan meriam.
Andrews mengatakan sebarang tekanan atau pengaruh negara anggota PBB harus dikenakan terhadap pemimpin junta Min Aung Hlaing supaya segera membuka akses dan membenarkan bantuan menyelamatkan nyawa sampai kepada mereka yang memerlukan.
"Semua pemimpin wilayah, NGO antarabangsa, dan organisasi masyarakat awam harus sedaya upaya berusaha untuk mengelakkan bencana nyawa. Negara-negara jiran harus bertindak bersungguh-sungguh untuk menyokong pergerakan bantuan rentas sempadan ke Myanmar," katanya.
Beliau mengecam serangan junta terhadap penduduk awam, dengan menekankan bahawa serangan berskala besar di negeri Kayah adalah yang terbaru dalam siri tindakan haram yang mungkin merupakan kekejaman besar-besaran.
Sekurang-kurangnya 857 orang telah dibunuh pasukan keselamatan dan lebih 5,800 telah ditangkap sejak rampasan kuasa tentera, menurut kumpulan penyokong Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Sekurang-kurangnya 857 orang telah dibunuh pasukan keselamatan dan lebih 5,800 telah ditangkap sejak rampasan kuasa tentera. - Gambar fail/ AP
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
AS kecam serangan maut tentera Myanmar di Kayah
Mangsa serangan termasuk wanita dan kanak-kanak serta dua kakitangan organisasi bantuan antarabangsa 'Save the Children'.
Bencana kemanusiaan mungkin berlaku di negeri Kayah Myanmar - Utusan Khas PBB
Negeri Kayah di Myanmar kemungkinan menyaksikan bencana kemanusiaan kerana dianggarkan 100,000 penduduk kini terdedah kepada bahaya penyakit dan kebuluran.