Bencana landa Sumatera kali ini lebih parah daripada tsunami - Wartawan KompasTV

Kerosakan harta benda susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera, Indonesia. - foto/BNPB
KUALA LUMPUR: Bencana yang melanda Sumatera ketika ini disifatkan sebagai lebih parah berbanding bencana tsunami yang pernah melanda pada 2004.
Ringkasan AI
- Banjir dan tanah runtuh di Aceh disifatkan lebih parah daripada tsunami 2004, dengan bantuan masih terhad selepas 14 hari.
- Hampir 1,000 terkorban, 234 hilang, sejuta penduduk dipindahkan, dan lebih 156,000 rumah musnah di Sumatera dan Aceh.
- Pakar gesa kesedaran kesiapsiagaan bencana, termasuk panduan METMalaysia untuk ramalan banjir berdasarkan paras air sungai.
"Musibah banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh kali ini adalah yang paling parah. Kesan bencananya sama seperti tsunami. Bahkan, ketika bencana tsunami melanda, penghantaran bantuan adalah lebih cepat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Tambah Raja, jaringan elektrik dan komunikasi masih belum pulih. Ini menyebabkan ada dalam kalangan penduduk yang masih tidak mendengar khabar berita daripada keluarga yang berada di kawasan berbeza.
"Perkara yang paling mengesankan adalah ramai yang kehilangan kediaman, bahkan seluruh kampung hilang (musnah). Ini merupakan pengajaran bagi kita yang tidak menjadi mangsa banjir. Ramai mangsa yang hilang segala-galanya akibat banjir,” ujarnya lagi.
Dalam temu bual sama, Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sr. Dr. Shuib Rambat menegaskan kesedaran masyarakat untuk bersiap siaga adalah amat penting, dengan mengambil pengajaran daripada pengalaman bencana di Indonesia ketika ini.
“METMalaysia juga ada mengeluarkan panduan, yang menunjukkan jika para air sungai naik 25mm dalam masa sejam, maka banjir yang akan melanda dijangka pada kedalaman satu meter. Kita sebagai penduduk boleh gunakan garis panduan ini,” katanya.
Setakat Isnin, dilaporkan hampir 1,000 orang terkorban dan hampir satu juta lagi terpaksa meninggalkan rumah selepas beberapa minggu banjir dan tanah runtuh melanda wilayah Sumatera Utara, menurut angka yang dikeluarkan pada agensi bencana Indonesia.
Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) melaporkan 961 kematian, 234 orang hilang dan kira-kira 5,000 cedera di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat setakat Khamis. Agensi itu turut merekodkan kerosakan ke atas lebih 156,000 rumah. Sebanyak 52 daerah dan bandar masih terjejas teruk.
Agenda AWANI: Penilaian risiko bencana ‘multi-hazard’
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


