DALAM masa tiga bulan, warga Amerika Syarikat (AS) berdepan tiga situasi buruk.
Tiga situasi itu ialah COVID-19, kadar pengangguran yang tinggi dan tunjuk perasaan akibat kematian lelaki warga kulit hitam, George Floyd.
Ini memberikan tekanan ke atas minda warga AS sendiri.
Menurut tinjauan The Associated Press dan Norc Center for Public Affairs Research, warga AS kini sangat tidak gembira dengan keadaan negara mereka.
Penyelidik Norc Center for Public Affairs Research, Jennifer Benz berkata tinjauan itu mendapati rakyat juga percaya, Presiden AS Donald Trump menjadikan situasi semasa lebih buruk.
“Tinjauan tersebut mendapati, hanya 24 peratus warga AS menyatakan negara berkenaan di landasan yang betul.
“Ini adalah berbanding 42 peratus pada Mac. Apa yang menyedihkan adalah berkenaan masa depan, dua pertiga daripada yang ditinjau tidak mempunyai harapan keadaan akan bertambah baik bergerak ke hadapan.
“Keadaan ini dijangka berterusan apabila semakin ramai orang merasa pesimis tentang hala tuju negara ini,” katanya.
Dalam masa sama, jelasnya, 64 peratus warga AS menyatakan Trump menjadikan negara itu lebih berpecah belah.
Tinjauan juga mendapati lebih separuh warga AS percaya Trump menjadikan keadaan semakin buruk selepas kematian George Floyd.
“Kita dapat melihat bagaimana majoriti orang di negara ini tidak setuju dengan cara Trump menguruskan hubungan kaum.
“Mereka tidak bersetuju dengan cara dia menguruskan COVID-19. Ini adalah dua perkara yang berada dalam minda orang.
"Mereka melihat Trump sebagai kuasa yang memecahkan negara ini, atau sekurang-kurangnya tidak menyatukan negara,” jelasnya.
Namun kini, kadar sokongan kepada Trump kekal stabil pada 39 peratus.
Ia sedikit rendah berbanding 43 peratus pada awal pandemik.
Astro Awani
Fri Jun 19 2020
Tinjauan mendapati lebih separuh warga AS percaya Trump menjadikan keadaan semakin buruk selepas kematian George Floyd. -AP
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.