ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 22 Julai 2020.

1) COVID-19: Singapura catat 310 kes baharu, tujuh dalam komuniti

Singapura melaporkan 310 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan tujuh kes dalam komuniti.

2) Nepal tarik semula perintah berkurung

Kerajaan Nepal pada Rabu menarik semula perintah berkurung yang dilaksanakan selama 120 hari bagi mengekang penularan COVID-19 di negara itu.

3) COVID-19: Thailand sambung perintah darurat sehingga hujung Ogos

Thailand akan menyambung perintah darurat negara itu untuk tempoh sebulan lagi sehingga hujung Ogos sebagai usaha mengekang penularan COVID-19, pada ketika negara itu membuka sempadannya kepada warga asing terpilih.

4) Hong Kong bimbang situasi kritikal, perintah kecemasan dilanjut sehingga Ogos

Kerajaan Hong Kong melanjutkan perintah kecemasan selepas negara itu kini berdepan keadaan kritikal dalam memerangi penularan COVID-19.

5) COVID-19: Indonesia catat 139 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, kes positif kini 91,751

Indonesia mencatatkan 139 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi setakat ini, sejak kes kematian pertama dilaporkan pada 11 Mac.

6) Masjidil Haram ditutup pada Hari Wukuf dan Aidiladha

Masjidil Haram akan ditutup pada Hari Wukuf dan Aidiladha demi keselamatan jemaah serta persiapan ibadat haji tahun ini.

7) COVID-19: Pelajar China mula pandang Malaysia, Singapura sebagai destinasi pendidikan

Beberapa universiti ternama di Malaysia dan Singapura mencatat peningkatan permohonan mendadak dari kalangan pelajar China, ekoran sekatan perjalanan dan hubungan bilateral yang merudum antara negara mereka dengan negara-negara Barat.

8) COVID-19: Pelan bantuan USD1 trilion Republikan tidak cukup - Nancy Pelosi

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menegaskan pelan bantuan US$1 trilion yang dicadangkan oleh kumpulan Republikan adalah tidak mencukupi.

9) COVID-19: Brazil kaji vaksin Sinovac keluaran China

Pihak berkuasa kesihatan Brazil pada Selasa memulakan ujian selama tiga bulan ke atas vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac.

10) COVID-19: Angka jangkitan cecah 14.78 juta, kematian lebih 611,000

Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.78 juta dengan pertambahan kes baharu dalam tempoh 24 jam.