Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 22, 2020 15:24 MYT
Pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 22 Ogos 2020.
1) COVID-19: Korea Selatan tingkatkan perintah sekatan
Antara langkah lain termasuk tidak membenarkan penonton menghadiri acara sukan, umum Menteri Kesihatannya, Park Neung-hoo.
2) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 151,498, kematian 6,594
Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 151,498 kes, manakala 75,457 lagi pesakit masih dalam pemantauan.
3) COVID-19: Kes baharu di Victoria catat penurunan dengan 182 kes baharu
Ini merupakan hari kedua berturut-turut wilayah tersebut mencatatkan kes baharu di bawah 200 kes.
4) COVID-19: 50 kes baharu di Singapura, lima kes import
Sejumlah 50 kes baru jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di Singapura untuk tempoh 24 jam lepas dengan lima merupakan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan di republik itu 56,266.
5) Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi
Lima bulan selepas syarikat perkhidmatan kewangan dan pemprosesan bayaran kad kredit itu mencatatkan kerugian, ia kini mula menunjukkan peningkatan prestasi.
6) Polis Okinawa 'pening' orang ramai suka tidur di tengah jalan
Kebanyakan panggilan kecemasan yang diterima bukan sahaja membabitkan mereka yang tidur di tepi jalan, tetapi ada juga yang tidur lena di tengah-tengah jalan raya.
7) Jho Low bantu China tangkap musuh untuk elak dipenjara?
Teori itu diketengahkan oleh penulis bersama buku Billion Dollar Whale, Tom Wright di laman Twitternya.
8) COVID-19 boleh berakhir dalam tempoh dua tahun - WHO
Menurut Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus, beliau percaya pakar mempunyai pengetahuan dan teknologi untuk menghentikannya.
9) Delta Airlines rancang teruskan 50 penerbangan laluan antarabangsa
Naib Presiden Kanannya Joe Esposito berkata pada Jumaat, walaupun terdapat cabaran signifikan dalam memerangi wabak, pihaknya bersedia menghubungkan pelanggan dengan lokasi dan pengalaman yang mereka mahukan.
10) Thailand akan lanjutkan darurat negara sehingga akhir September
Thailand akan melanjutkan perintah darurat negara hingga akhir September - pelanjutan kelimanya - berikutan situasi COVID-19 di seluruh dunia yang masih membimbangkan.
#China #Indonesia #Jho Low #kes positif #Korea Selatan #Singapura #Thailand #WHO