Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Nursyazwani Saiful Sham
September 28, 2020 15:00 MYT
September 28, 2020 15:00 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 28 Septmber 2020.
Satu daripada empat suspek yang kini didakwa berkenaan kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, menafikan sebarang penglibatan sama ada melepaskan mahupun membekalkan peluru berpandu hingga menyebabkan kemusnahan.
Kehadiran gelembung plastik mula kelihatan di siar kaki kawasan komersial di New York, Amerika Syarikat, sekali gus menawarkan ruang bernafas yang selamat dalam kapsul semasa menjamu selera di kafe-kafe alfresco.
Jumlah kes positif COVID-19 di India disahkan melangkaui angka enam juta pada Isnin.
Indonesia mencatatkan 3,509 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 278,722 kes.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional 10 kes direkodkan di Shanghai, lima di Guangdong, tiga di Mongolia, dua di Fujian dan satu kes di Shanxi.
Sebuah taman tema popular di Australia, Dreamworld didenda AS$2.5 juta (RM10.4 juta) susulan kematian empat pengunjung semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.
Beberapa bangunan dilaporkan musnah akibat kebakaran hutan yang melanda di daerah Napa, California, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menara jam dunia Big Ben London akan diperlihatkan semula kepada orang ramai selepas hampir tiga tahun menjalani kerja-kerja baik pulih, umum pihak berkuasa di Parlimen pada Ahad.
Sidang Kemuncak Pemimpin G20 tahun ini akan diadakan secara maya pada 21 hingga 22 November, dipengerusikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak perintah larangan muat turun TikTok yang dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump.