NEW YORK:Kehadiran gelembung plastik mula kelihatan di siar kaki kawasan komersial di New York, Amerika Syarikat, sekali gus menawarkan ruang bernafas yang selamat dalam kapsul semasa menjamu selera di kafe-kafe alfresco, lapor Reuters.
Di sebalik banyak laporan berita yang menunjukkan rakyat negara itu melakukan protes terhadap penggunaan pelitup muka, dan juga kurang meyakini ‘kewujudan’ serta ancaman COVID-19, masih ada ramai rakyatnya yang meminta pengusaha-pengusaha bisnes melakukan sesuatu demi memberikan perlindungan tambahan sepanjang tempoh pandemik.
Gelembung plastik itu, yang hanya memerlukan masa seminit untuk dipasang atau dikemas, menjadi tarikan di Café du Soleil di Upper West Side, Manhattan terutamanya ketika cuaca menjadi lebih dingin dan basah dalam musim luruh.
"Dengan segala yang berlaku di seluruh dunia, makan dalam gelembung ini adalah salah satu pengalaman terbaik yang kami boleh alami.
“Mereka menyediakan suatu yang selamat dan bersih. Semuanya diatur dengan jarak enam kaki di antaranya. Kami sukakannya,” ujar Valerie Worthy, yang menikmati hidangan bersama dua rakan sekerja.
New York kini komited menjadikan pengalaman menjamu selera di ruang terbuka seperti itu dikekalkan bagi ribuan restoran. Kelaziman makan secara alfresco memang sudah sebati dalam kalangan pelanggan sejak sebelum kedatangan ancaman pandemik pada musim bunga lalu, ujar Datuk Bandar Bill de Blasio.
Untuk memastikan pelanggan kami hangat semasa musim luruh dan musim sejuk, pihak berkuasa bandar raya membenarkan pemilik restoran menggunakan alat penghangat tertentu dan khemah yang tertutup.
Restoran juga sudah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 25 peratus di bahagian dalam.
Gelembung plastik itu menarik minat pemilik Café du Soleil, Alain Chevreux pada Julai lalu ketika dia memantau produk dalam talian, sewaktu memikirkan cara untuk terus bertahan dalam perniagaannya.
Memandangkan kapasiti tempat duduk bahagian dalam yang terhad, Chevreux berkata, 20 tempat duduk itu tidak cukup bagi membayar gaji tukang masak dan pelayannya.
Sejumlah 15 gelembung yang dibeli Chevreux menyelamatkan bisnesnya. Pada harga AS$400 (RM1,670) seunit, penggunaannya di luar restoran menambah pendapatan. Mampu memuatkan enam orang pada satu masa, pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu.
"Keluarga menyukainya. Kanak-kanak pun suka, Rakan-rakan yang mahu berkumpul juga menyenanginya.
"Beberapa minggu lagu hujan, namun semua orang dalam gelembung plastik ini bergembira," ujar Chevreux.
Agensi
Mon Sep 28 2020
Gelembung plastik ini menjadi tarikan di Caf du Soleil di Upper West Side, Manhattan terutamanya ketika cuaca menjadi lebih dingin dan basah dalam musim luruh. - Reuters
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Lintas jalan bukan di tempatnya tidak jadi kesalahan di Bandar Raya New York pada Februari
Menyeberang jalan tanpa menggunakan laluan lintasan jalan tidak lagi akan dihukum di Bandar Raya New York bermula Februari.
Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan
Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin
Musim panas landa AS, orang ramai cari lokasi sejuk
Aiskrim, tempat berteduh, dan kolam renang menjadi lokasi tumpuan apabila musim panas bermula dengan gelombang haba rekor di beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik
Serpihan sebuah pesawat jet peribadi yang hilang selama lebih 53 tahun selepas membawa lima lelaki berjaya ditemui di dasar Tasik Champlain.
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati
Seorang wanita tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.
Umat Islam di New York teruja sambut kedatangan Ramadan
Ribuan umat Islam di New York menyambut permulaan Ramadan pada Ahad, dengan berkumpul di Times Square yang simbolik.