ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 13 Disember 2020.

1) COVID-19: Kes positif lebih 71.5 juta, kematian cecah 1.6 juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 71.5 juta.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

2) COVID-19: Tiga juta dos vaksin mula dihantar ke seluruh AS

PENGHANTARAN pertama vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat akan bermula pagi Ahad.

Ia akan dibawa dari kilang pembuatan Pfizer di Michigan.

3) Lebihkan kos peralatan COVID-19, Ketua CDC Hanoi dipenjara

Mahkamah Vietnam pada Sabtu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Hanoi.

Hukuman itu dibuat setelah mendapati tertuduh bersalah melakukan kesalahan yang berkaitan dengan pemerolehan peralatan yang bertujuan untuk membantu menangani wabak COVID-19.

4) Terima kasih pada kala jengking, belia Mesir ini jana untung besar

Beberapa tahun lalu, seorang anak muda di Mesir sanggup meninggalkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang arkeologi semata-mata untuk fokus kepada kerja 'memburu' kala jengking.

Sejak itu Mohamed Hamdy Boshta, 25 tahun, mencari haiwan berbisa itu di segenap pelosok padang pasir dan juga di pesisiran pantai negaranya.

5) Kumpulan Rohingya di KL dikaitkan dengan Zakir Naik didakwa rancang serangan di India

Agensi perisikan India dipercayai memintas transaksi kewangan kumpulan etnik Rohingya didakwa berpangkalan di Malaysia yang merancang untuk melancarkan serangan keganasan terhadap negara itu, lapor The Times of India (TOI).

Portal berita yang memetik maklumat daripada dokumen perisikan itu, menyatakan rancangan berkenaan kini sudah berada di peringkat akhir.

6) Rimas banyak sangat pelitup muka terbuang, pelajar Korea Selatan ini kitar semula jadi bangku

Berapa banyak pelitup muka pakai buang yang diperlukan untuk membuat bangku kecil?

Seorang pelajar Korea Selatan, Kim Ha-Neul berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 keping.

7) Indonesia lapor 6,189 lagi jangkitan COVID-19

Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan 6,189 lagi jangkitan COVID-19 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu meningkat kepada 617,820 kes.

Selain itu, 166 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kes kematian menjadi 18,819.

8) Indonesia arrests firebrand Islamist cleric over virus rule breaches

A firebrand Indonesian Muslim cleric was arrested Sunday for allegedly breaching coronavirus restrictions after he held a series of sermons with tens of thousands of followers.

Rizieq Shihab's arrest came just days after Jakarta police shot dead six followers of his hardline Islamist group in a highway shootout.